Now Reading
“Cantik Adik-Beradik Dia” – Foto Resepsi Adik Syatilla Melvin, Syida Jadi Perhatian

“Cantik Adik-Beradik Dia” – Foto Resepsi Adik Syatilla Melvin, Syida Jadi Perhatian

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecantikan adik pelakon Syatilla Melvin, Syida, 22, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Syafiq Azim Shaheen menjadi perhatian netizen.

Menerusi beberapa foto dimuat naik Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla menerusi akaun Instagramnya itu ternyata menambat hati netizen yang terpegun melihat adiknya.

Selain Tilla, Syida juga turut berkongsi momen terindah dalam hidupnya dengan memuat naik koleksi foto perkahwinannya di akaun Instagram semalam.

Majlis perkahwinan pasangan mempelai itu berlangsung di Pulau Pinang.

Sementara itu menerusi ruangan komen foto-foto berkenaan, rata-ratanya memuji kecantikan Syida selain busana pengantin yang dipakainya.

Buzzkini kongsikan foto-foto menarik resepsi Randy yang diambil menerusi Instagramnya.

 

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.