Mamat Exists Ditahan Polis Namun Konsert Exist Tetap Berjalan Seperti Dirancang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita mengenai penahanan seorang vokalis kumpulan muzik akhirnya terjawab apabila media melaporkan bahawa vokalis yang dimaksudkan adalah Mamat Exist yang ditahan oleh polis di Taman Perling,Johor Bahru atas kesalahan berkaitan dadah.
Ketika kejadian mamat dan rakannya sedang menunggang motosikal bersama sebelum didatangi polis kerana pergerakan mereka berdua yang agak mencurigakan.
Cerita ini kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assitant Kommisioner Mohd Taib Ahmad.
Hmmm.. Macam mana dengan konsert Exists Reuniong diorang?
Ketua Pegawai Eksekutif CEO) Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, yang ditemui media menyatakan, perkara ini saat mengejutkan dan menyedihkan , namun saat ini terlalu awal untuk pihaknya membuat keputusan lain selain dari meneruskan konsert berkenaan seperti yang telah dirancang.
Turutnya, selalu penganjur dia memahami sentimen peminat-peminat kumpulan popular tersebut terutama peminat yang telah membeli tiket .
“Kami memahami sentimen yang sedang bermain di fikiran peminat-peminat Exists Reunion. Sebagai menjawab tanda tanya itu, apa yang boleh saya katakan ialah, terlalu awal untuk kita semua membuat keputusan.
“Namun begitu, sehingga ke saat ini, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan kami serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya.
“Bahkan, saya sendiri akan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan anggota Exists yang lain bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap kes yang melanda Mamat,” kata Shirazdeen dalam kenyataan media pada Isnin.
Mamat dan semua anggota asal Exists bakal mengadakan dua konsert reunion yang telah ditetapkan pada 28 September ini di Shah Alam diikuti satu lagi konsert di Singapura pada 5 Oktober.
Berita penahanan Mamat menyebabkan Shiraz Projects menerima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai status konsert berkenaan.