fbpx
Now Reading
Naqiu Derma Separuh Wang Kemenangan GV Kepada Anak Yatim

Naqiu Derma Separuh Wang Kemenangan GV Kepada Anak Yatim

Gegar Vaganza sudah pun selesai beberapa hari lalu. Namun pertandingan ini menjadi bualan ramai apabila dua peserta nya iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza telah dinobatkan sebagai juara bersama.

Namun ramai yang bersetuju kerana sepanjang 11 minggu kedua peserta ini telah memberikan persaingan yang begitu sengit dan begitu konsisten sehingga menjadikan mereka berdua pilihan untuk menjuarai rancagan realiti berkenaan

Namun Naqiu menarik perhatian ramai apabila mengumumkan mahu menderma separuh dari wang RM 100,000 yang dimenanginya kepada rumah anak-anak yatim

Difahamkan Hady Mirza menggunakan wang tersebut dengan menjalankan umrah bersama isterinya

Dipetik dari Astro Gempak Naqium menceritakan niat untuk bersedekah sudah mula terdetik semasa namanya diumumkan memasuki konsert suku akhir GV2019.

“Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.
 
“Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform,” ujar Naqiu kepada portal berkenaan

Namun difahamkan Naqiu masih belum lagi mengenal pasti rumah anak yatim mana yang akan di pilih olehnya, namun satu yang pasti bukan hanya sebuah rumah sahaja.

Satu tindakan yang patut diberi pujian dan dicontohi oleh ramai orang. Tahniah Naqiu atas kemenangan tersebut dan tahniah atas tindakan mulianya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.