fbpx
Now Reading
Ustaz Ahmad Dusuki Dikecam Gara-Gara Minta Sumbangan Baiki Kereta Kemalangan

Ustaz Ahmad Dusuki Dikecam Gara-Gara Minta Sumbangan Baiki Kereta Kemalangan

Menurut UAD, tuntutan insurans tidak dapat dibuat disebabkan oleh masalah teknikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila menyebut tentang meminta derma atau bantuan, kebiasaannya ia bertujuan bagi membantu golongan yang susah atau memerlukan.

Namun, kecoh di media sosial apabila seorang individu berpengaruh dikatakan meminta bantuan kewangan bagi menampung kos membaiki sebuah kenderaan milik pasukan medianya yang kemalangan.

Minta RM5 Daripada 1,000 Penyumbang

Menerusi hantaran di akaun Instagram, pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki (UAD) memohon bantuan kewangan daripada orang ramai membaiki kereta jenis Perodua Alza yang mengalami kemalangan jalan raya pada akhir September yang lalu.

Di dalam hantaran itu, pendakwah berkenaan telah meminta RM5 daripada 1,000 orang bagi menampung kos pembaikian kereta yang berjumlah RM3,000 hingga RM5,000.

“Pencarian 1,000 orang penyumbang yang bermurah hati ingin menyumbang RM5 bagi kos pembaikian kereta media UAD (Ustaz Ahmad Dusuki).

“Kemalangan yang melibatkan kereta ini pada akhir September lepas agak parah apabila melibatkan bahagian depan dan belakang kereta.

“Kini kami menggunakan kenderaan pihak lain yang juga perlu dibayar kos sewanya. Kami dimaklumkan oleh pihak bengkel bahawa kos yang diperlukan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 untuk membaiki seluruh kerosakan,” tulisnya menerusi kapsyen.

Tidak Dapat Buat Tuntutan Insurans

Malah, menurut penceramah berkenaan, tuntutan insurans tidak dapat dibuat disebabkan oleh masalah teknikal.

“Yang lebih parahnya lagi kami tidak dapat menuntut daripada pihak insurans disebabkan beberapa masalah teknikal.

“Sudilah kiranya ada insan yang bermurah hati menyumbang untuk pembaikian pengangkutan media UAD ini.

“Semoga setiap sumbangan untuk memudahkan kerja-kerja dakwah ini menyumbang juga kepada kemudahan kita di sana nanti,” tulisnya lagi.

Menerusi hantaran itu, UAD turut menyertakan beberapa nombor akaun bank buat individu yang mahu menyalurkan sumbangan tersebut.

Foto: Instagram Ustaz Ahmad Dusuki
Foto: Instagram Ustaz Ahmad Dusuki

Hantaran Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Hantaran tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Rata-rata mengecam serta mempersoalkan tindakan UAD yang meminta bantuan kewangan.

Isu ini turut menjadi topik hangat di Twitter (X) selepas dikongsikan oleh seorang pengguna.

Ini kerana warganet berpendapat kos kemalangan itu sepatutnya ditampung oleh pihak insurans. Malah, ada yang hairan dan mempersoalkan mengapa tuntutan insurans tidak boleh dilakukan.

Namun, ada juga yang cuba memahami UAD dan meminta agar pihak lain tidak membuat spekulasi terhadap pendakwah itu.

Pun begitu, semakan kami di Facebook mendapati hantaran tersebut telahpun dibawa turun.

Berikut antara komen warganet:

Perbezaan Bila Ditimpa Musibah, Orang Biasa Usaha Dapatkan Duit, Ustaz Minta Orang

Langgar Belakang Boleh Tuntut Insurans Orang Yang Langgar Belakang Kereta Tersebut

Ini Bukan Kereta Peribadi Ustaz Ni, Kalau Kereta Peribadi Dia Tak Minta Sumbangan Dah

Macam Peraduan Pula Ustaz Buat, Pencarian 1,000 Orang Penderma, Siap Tentukan RM5 Seorang

Jangan Ajar Orang Islam Hidup Meminta-Minta Ustaz

Nak Sumbang Teruskan, Tak Mahu Diam Je

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.