fbpx

“Dia Sangat Berjasa Kepada Saya” – Zizan Razak Hulur Bantuan Buat Jalil Hamid

Menurut Zizan, sebaik mengetahui Jalil tergolong dalam senarai 39 rakan artis yang menerima bantuan melalui inisiatif tersebut, dia tidak teragak-agak untuk memberi bantuan kewangan yang dirahsiakan nilainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat dengan pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal era-90 an, Jalil Hamid? Lagu ‘Ayam’ nyanyian beliau sering mendapat tempat di hati peminat baik peminat cilik atau dewasa.

Namun sejak akhir-akhir ini, media melaporkan berita sedih tentang status kesihatan penyanyi berkenaan.

Jalil Hamid dikhabarkan mengalami penurunan berat badan sebanyak 30 Kilogram selepas mengalami masalah jantung dan hilang selera makan sejak setahun yang lalu.

Keadaan terkini pelakon filem Bisik Pada Langit itu nyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat setia serta rakan artis.

Zizan Terkejut Dengan Berita Mengenai Jalil Hamid, Hulurkan Bantuan Untuk Ringankan Beban

Turut terkesan dan sedih dengan status kesihatan artis veteran itu, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mengambil inisiatif dengan menghulurkan bantuan kewangan kepada Jalil menerusi program Dari Poket Artis ke Poket Artis.

Menurut Zizan, sebaik sahaja dia mengetahui Jalil tergolong dalam senarai 39 rakan artis yang menerima bantuan melalui inisiatif tersebut, dia tidak teragak-agak untuk memberi bantuan kewangan yang dirahsiakan nilainya.

“Memang niat saya untuk bersedekah khususnya buat Jalil kerana dia sangat berjasa kepada saya sampai ke hari ini.

“Selain menghiburkan saya dan keluarga sejak kecil, dia jugalah juri yang berkata ‘lulus’ semasa saya hadir ke ujibakat program Raja Lawak dahulu.

“Akhirnya saya terpilih sebagai peserta dan menjadi juara. Dia nampak bakat dan potensi yang ada dalam diri ini. Saya kenang jasa dan kebaikannya sampai hari ini.

“Bila dengar dia tidak sihat, saya rasa sedih. Saya sangat ringan tangan untuk memberi bantuan kepadanya serta rakan artis lain yang memerlukan,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Bantuan Generasi Muda Bantu Ringankan Beban Artis Lama

Tambah Zizan lagi, nasib golongan artis veteran boleh diringankan jika lebih ramai selebriti generasi muda turut sama membantu mereka.

“Berita kesusahan dan kepayahan hidup seorang artis adalah perkara yang tidak berapa enak untuk diterima dan ditelan.

“Namun situasi ini boleh diubah dengan tangan-tangan artis generasi baharu yang ada untuk menghulurkan bantuan.

“Kepada artis muda yang mungkin sedang seronok bekerja, semoga ia mengingatkan kita bagaimana nasib kita di masa tua nanti,” katanya.

Untuk info, program Dari Poket Artis ke Poket Artis merupakan hasil inisiatif kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Program yang dianjurkan oleh pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham itu adalah sebagai tanda dan prihatin mereka dengan nasib yang dihadapi oleh artis veteran.

Selain Jalil Hamid, antara penerima bantuan lain di bawah program ini adalah Wan Maimunah, Zaiton Sameon dan Harun Hashim.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Awak Sedekahlah Dekat Sesiapa’, Amar Asyraf Sebak Zizan Masuk IG Live Beli Baju & Sambal Sampai RM1K

Baca Artikel Berkaitan: Gagal Tahan Sebak, Zizan Razak Menitis Airmata Dengar Doa Peminat Cilik Hidap Sakit Paru-Paru

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.