fbpx
Now Reading
LZS Kesal Penyewa Berstatus Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Dalam Keadaan Kotor & Rosak
Penyewa Asnaf tinggalkan rumah sewa dalam keadaan kotor

LZS Kesal Penyewa Berstatus Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Dalam Keadaan Kotor & Rosak

Kesal dengan tindakan penyewa, pihak Lembaga Zakat Selangor dalam masa sama turut meminta agar tuan rumah membuat aduan rasmi kepada pihaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan merupakan suatu perkara yang dituntut dalam setiap agama. Ini kerana, persekitaran yang bersih dapat menjamin kehidupan yang baik dan juga bahagia.

Malah keadaan persekitaran seperti rumah yang bersih juga dapat menghindari seseorang itu dari terkena jangkitan penyakit yang tidak diingini.

Tular rumah sewa ditinggalkan dalam keadaan sangat kotor

Baru-baru ini, tular satu hantaran yang dikongsikan di laman grup Facebook I love Tanjung Karang menunjukkan keadaan sebuah rumah yang ditinggalkan oleh penyewa dalam keadaan yang sangat kotor.

Malah menerusi gambar yang dikongsikan turut kelihatan beberapa barangan ditinggalkan di dalam rumah tersebut seperti tilam reput, sampah sarap selain keadaan dinding yang berlumut.

Keadaan rumah itu turut membuatkan orang ramai berasa kurang selesa apabila melihatnya.

Subhanallah kotor dan hancur rumah sewa ni.. penyewa dari neraka.. dengan bil tidak berbayar, call tak angkat, kena block (sekat) tidak tahu nak cari tuan di mana,” tulisnya.

Foto: FB Isu Terkini Apa Hari Ini (i-TAHI)

LZS luah rasa kecewa tindakan penyewa yang didakwa merupakan seorang asnaf

Terbaharu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi hantaran di Facebook rasminya telah meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan penyewa terbabit.

Ujarnya, pihak LZS amat kesal atas tindakan dilakukan penyewa tersebut yang dimaklumkan juga sebagai seorang asnaf.

Foto: FB Isu Terkini Apa Hari Ini (i-TAHI)

“Sehubungan itu, pemilik rumah berkenaan disarankan untuk membuat aduan rasmi ke LZS bagi menghentikan bantuan sewa tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.

“LZS juga ingin mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan itu untuk amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa diduduki,” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan individu berkenaan yang menganiaya pemilik rumah sewa terbabit turut akan menyebabkan golongan asnaf yang lain sukar untuk menyewa di masa akan datang.

“Untuk makluman, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di Selangor,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.