fbpx

“Saya Akan Simpan Mesej Ini Selama-Lamanya” – Fify Azmi Kongsi DM Dari Arwah Ashraf Sinclair Puji Lakonannya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8sFr6SHwCU/

Berita mengenai pemergian Aktor tampan Allahyarhman Ashraf Sinclair benar-benar mengejutkan ramai pihak. Ia bukan sahaja dirasai keluarga malah turut meninggalkan kesan kepada ramai rakan selebriti dari Malaysia dan juga Indonesia.

Kebanyakan mereka mengambil kesempatan mengucapkan takziah pada entri terakhir yang di muat naik Arwah di laman instagramnya serta ada juga segelintir yang mengucap takziah di laman mereka sendiri.

Antaranya adalah pelakon baru yang semakin menempa nama, Fify Azmi turut berkongsi rasa duka atas pemergian Arwah.

Dia menerusi posting di Instagram urut turut berkongsi kenangannya berbual dengan Allahyarhman Ashraf Sinclair sewaktu pelancaran filem lakonannya, Wira di Indonesia pada bulan lepas.

Pemergian arwah meninggalkan ramai kesan kepada rakan selebriti dari Malaysia dan Indonesia

Menerusi screenshot perbualan itu,  suami kepada Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat memuji lakonan mantap Fify dalam filem tersebut.

“Hey Ariel Peter Pan. Karakter kamu dalam Wira sangat dahsyat. Saya sangat menyukai. 

“Kerja yang hebat, suka dengan kecekapan lakonan dan range anda, ia sangat berwarna-warni.

“Dan adegan pertarungan juga sangat penting,” tulis Ashraf pada 28 Januari lalu.

Fify yang tidak dapat hadir untuk meluangkan masa bersama-sama dengan pelakon lain sewaktu tayangan perdana dilihat membalas balik perbualan tersebut dengan mengucapkan kata terima kasih dan bagai tidak menyangka mendapat penghargaan tersebut.

Dia juga dilihat sempat mengirimkan salamnya kepada BCL.

Menerusi posting itu lagi, Fify turut memaklumkan mesej berkenaan adalah mesej pertama dan yang terakhir pernah diterimanya daripada pelakon drama Gol & Gincu itu.

Dia turut meluahkan yang dia akan menyimpan DM tersebut selama-lamanya
 
“Teks pertama dan terakhir dari beliau @ashrafsinclair. Saya akan menyimpan mesej ini selama-lamanya di dalam hati saya. 
 
“Semoga tenang di sana abang. Takziah buat keluarga. Al-fatihah… @ashrafsinclair,” tulisnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.