fbpx
Now Reading
Tahniah! Naim Daniel Dapat Surat Penghargaan Dari DBP Sebab Lirik ..

Tahniah! Naim Daniel Dapat Surat Penghargaan Dari DBP Sebab Lirik ..

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9LSWiGhebD/

Boleh dikatakan keputusan Naim Daniel untuk berehat dari dunia lakonan dan menumpukan 100% fokus pada bidang nyanyian benar-benar membuahkan hasil.

Bukan sahaja namanya semakin dikenali malahan lagu ‘berhantu’ nyanyian dan ciptannya sendiri, Sumpah telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu(AJL 34), anugerah berprestij yang benar-benar di dambakan oleh seorang yang bergelar penyanyi dan juga komposer

Terbaru Naim sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendapat penghargaan dari Dewan Bahasa Dan Pustaka . Semuanya gara-gara ‘single cover’ dan lirik video rasmi lagu barunya, sembah turut menggunakan tulisan jawi .

Naim sewaktu membuat persembahan di AJL 34 sebelum diumumkan sebagai juara AJL34

Dia yang berkongsi surat penghargaan oleh Ketua Pengarah DBP di Instagramnya turut mengucapkan rasa syukur dan menganggap itu adalah penghargaan yang cukup besar untuknya dan syarikat rakaman World Peace Entertainment (WPE).

“Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment. Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini.

Teruskan mendengar lagu terbaru saya, Sembah di semua platform digital!,” tulis Naim sebagai kapsyen

Menerusi surat tersebut DBP menerusi, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin menyatarakan penghargaan kepada Naim atas usahanya itu.

“DBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha murni semua pihak yang menjayakan penghasilkan klip video lagi Sembah ini. Kami berharap lebih banyak lagi usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat selepas ini

“Atas usaha murni dan komitmen pihak tuan memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat, kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih,” tulis Ketua Pengarah DBP dalam surat penghargaan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.