fbpx

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Untuk Sajat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Majistret Shah Alam semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat ekoran kegagalannya hadir bagi pendakwaan kes di mahkamah tanpa sebarang alasan .

Dia sebelum ini dituduh memiliki untuk tujuan jualan 11 produk yang bukan keluaran berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984 dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum iaitu denda tidak melebihi RM 25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Memetik Metro yang memetik sumber, Sajat bagaimapun tidak menghadirkan diri pada sesi pengurusan kes semalam.

“Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Nur Sajat kerana tidak hadir tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes di mahkamah.

“Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” katanya.

CPF sebelum ini telah melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.

Hasil dari pemeriksaan itu pihak mereka telah menemui dan merampas produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM untuk tujuan jualan.

Pihak CPF juga telah merekodkan keterangan dari Sajat selaku pengarah syarikat terbait termasuk beberapa pekerja nya di premis tersebut.

Berdasar keterangan diambil, syarikat itu jelas melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Sebagai rekod usahan itu sebelum ini pernah dihadapkan di mahkamah sama pada penghujung 2018 atas pertuduhan mengikut Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Dia juga pernah didakwa kerana memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar bernilai hampir RM10,000 dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019 selepas KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.