fbpx
Now Reading
Nabila Huda Tanam Azam Baca Quran Setiap Hari Sepanjang PKP

Nabila Huda Tanam Azam Baca Quran Setiap Hari Sepanjang PKP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-Qyaosplms/

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan sebagai usaha memutuskan rantaian Covid-19 memaksa semua orang terpaksa berkurung dirumah.

Namun bagi pelakon, Nabila Huda dia merasakan baki tidak sampai 2 minggu ini adalah waktu terbaik untuknya membaca Al-quran yang dihadiahkan bapanya, penyanyi Amy Search serta isteri

Menerusi IG Live ,Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil juga mengajak pengikutnya untuk turut mengaji sama.

“Saya dapat hadiah al-Quran ini daripada papa dan mama. Tergeliat lidah sebab dah lama tak baca al-Quran.

Foto : Google

“Satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam.

“Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya,” katanya menerusi video di Instagram live tersebut.

Tambahnya walaupun bacaannya kini agak kurang lancar kerana agak lama tidak mengaji, dia percaya dia mampu memperbaiki bacaannya.

Tambah Abil, dia sebelum ini diajar mengaji oleh neneknya dan hasil dari itu dia berjaya khatam sebanyak tiga kali.

“Saya belajar mengaji daripada nenek iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil, dulu dia guru mengaji. Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali.”

Terdahulu Abil ada berkongsi foto Al-quran yang dihadiahkan oleh bapa dan ibunya di intagram untuk tatapan umum

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.