Aliff Syukri Terkejut Permohonan BPN Tidak Lulus
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nampaknya bukan sahaja kita, malah Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri turut mengambil kesempatan untuk menyemak kelayakan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang di umumkankan Perdana Menteri baru-baru ini.
Menerusi Instagram, Aliff meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui yang dia tidak layak untuk menerima bantuan tersebut sedangkan jumlah jualan perniagaannya merudum teruk susulan dari penularan wabak Covid-19
“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan… saja nak semak!
“Saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) juga turut merasai, rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan?
“Ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum 90 peratus, hampir semua bisnes tutup. Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses ini,” tulisnya sebagai kapsyen
Menerusi entri tersebut, Aliff turut memuat naik screenshot hasil semakan yang dilakukannya di laman BPN tersebut buat tatapan orang ramai.
Tambahnya, dia berterima kasih kepada pelanggan setia yang masih membeli produk miliknya namun turut berharap agar kerajaan dapat mengurangkan cukai buat golongan IKS sepertinya secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka ketika ini.
Perkonsian tersebut menyebabkan Aliff dikecam hebat oleh pengikutnya, kerana pada mereka status kewangan usahawan tersebut sememangnya tidak layak untuk mendapatan bantuan terbabit .
Ada juga yang memerli Aliff menawarkan diri untuk memberi beras
“Hantar alamat dato , nak pergi hantar beras” respon seorang netizen
“Muflis dulu, baru apply ok dato ” tulis satu lagi pengikut