fbpx

“Bukan Kena Pukul” -Janna Nick Mohon Maaf Muat Naik Foto Gimik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-1ZXdsH-uy/https://www.instagram.com/p/B-6z6wNHidU/

Nampak nya nama pelakon dan pengacara Janna Nick terus menjadi bualan ramai. Jika sebelum ini namanya menjadi topik hangat susulan dari kesilapan menggunakan ayat dalam melaporkan insiden mengenai selebriti yang dijangkiti Covid-19, terbaru Janna Nick menimbulkan kebimbangan pengikutnya serta orang ramai apabila berkongsi video dan gambar seolah dipukul.

Janna atau nama betulnya Nurul Jannah binti Munir kemudiannya membuat permohonan maaf selepas video itu mula mendapat perhatian rakan selebriti dan orang ramai.

“Terima kasih semua yang DM (mesej langsung) risau mengenai perkongsian lalu saya. Ada juga yang menghubungi pengurus saya dan marah-marah serta minta menghubungi polis. Maaf sangat-sangat.

“Saya ternampak cabaran #mugshot dan terfikir bagaimana saya boleh buat sesuatu yang berbeza untuk bantu membawa kesedaran terhadap perkara yang penting buat saya.

“Penderaan domestik adalah masalah serius yang kurang mendapat perhatian. Saya ingin membuka mata ramai mengenainya dan membantu untuk mewujudkan kesedaran,” katanya.

Menerusi posting sama, Janna turut menggesa agar mangsa keganasan domestic untuk memberanikan diri dan tampil melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa.

“Kepada mangsa atau sesiapa yang pernah menjadi mangsa keganasan domestik, jangan takut untuk bersuara, atau melepaskan diri apabila perlu.

“Anda lebih layak mendapat yang terbaik dan ingat itu, cintai diri anda. Terima kasih kepada semua yang bantu saya sebarkan mesej itu,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.