fbpx
Now Reading
Penyanyi ‘Bunga Dedap’ , Izzaka Meninggal Dunia

Penyanyi ‘Bunga Dedap’ , Izzaka Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal di era 90an yang popular dengan lagu Bunga Dedap, Izzaka, 60, dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.40 malam tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Difahamkan arwah Izzaka meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.

Izzaka atau nama betulnya Mohd Zakaria Yaacob difahamkan turut menghidap beberapa penyakit kronok seperti kencing manis, lelah dan darah tinggi dan telah di masukkan ke hospital pada malay raya 23 Mei lalu , kerana mengalami sesak nafas.

Memetik Harian Metro, bekas isterinya arwah , Hazana Mohamad Zabandi, 47, berkata, penyanyi itu sebelum ini sering berhubung dengan anak tunggal mereka, Mohd Amirul Hafiz, 22, yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Anaknya yang kebetulan bersahur bersama Izzaka kemudia memaklumkan yang ayahnya mengadu tidak sedap badan

“Pada hari Jumaat iaitu dua hari sebelum Aidilfitri, arwah meminta Amirul yang ketika itu baru pulang dari UMT dan menjalani kuarantin untuk bersahur bersamanya. Tengah hari esoknya, Amirul beritahu ayahnya mengadu badannya sejuk-sejuk.

“Saya segera menghubunginya dan dia jawab dalam keadaan nafas yang agak sesak. Malam itu saya melawatnya dan mendapati dia dalam keadaan separuh sedar, lalu terus membawanya ke hospital. Bacaan gula dalam badannya ketika itu 21.9,” katanya.

Izzaka bagaimanapun tidak sedarkan diri pada hari ketiga menjalani rawatan dan terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas keadaannya semakin merosot.

“Dia tak sedar selama enam hari sehingga hari raya kelapan kerana doktor bagi ubat tidur untuk dia berehat. Pada malam 1 Jun lalu dia kembali sedar dan buka mata. Keesokannya saya sekali lagi pergi melawatnya,” katanya.

Tambah Hazana, cuba berbual untuk berbulan dengan bekas suaminya itu dan mata arwah dilihat seakan bergerak-gerak dan terdapat titisan air mata.

“Saya sampaikan salam saudara-mara serta rakan-rakan artis buatnya. Setiap kali berbual dengannya, saya menyanyikan lagunya dan nampak dia teresak-esak sedih. Doktor suruh saya teruskan kerana katanya dia sedang beri reaksi. Petang semalam, dia dipindahkan ke wad biasa,” katanya.

Foto via mStar

 Namun difahamkan pada tengah malam tadi doktor memaklumkan otaknya tidak lagi berfungsi.

Jenazah Izzaka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, pada hari ini.

Izaka yang popular pada 90an menerusi lagu Bunga Dedap dan Album Singkap Nur Suci. Selain itu arwah juga pernah berduet dengan Ziana Zain menerusi lagu lagu Hadirmu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.