fbpx
Now Reading
Dayana Roza Selamat Bertunang

Dayana Roza Selamat Bertunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktres cantik, Dayana Roza hari ini selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin, 33, .

Majlis pertunanangan yang diadakan di Damai Glass House, Kuala Lumpur petang tadi disambut secara sederhana dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja dan diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran tunangnya yang ke-33 hari ini.

Menurut Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 29, dia dan tunang merancang untuk bernikah pada pertengahan disember ini.

Bercerita mengenai perhubungan mereka Dayana menjelaskan tunangnya sekitar empat tahun lalu pernah melamarnya untuk berkahwin, meskipun dilihat hanya gurauan siapa sangka mereka kini benar-benar disatukan.

“Kami sudah berkawan hampir enam tahun. Jujur dia pernah ajak saya kahwin, empat tahun lepas. 

“Tapi, saya tolak sebab dia jenis suka menyakat dan dia juga kawan gaduh saya. Tak sangka, dia mendekati saya penghujung tahun lepas selepas tahu saya sudah kembali solo.

“Kami merancang untuk berkahwin pada Disember depan selepas empat bulan melangsungkan pertunangan,” katanya.

Pada majlis tersebut pihak Dayana menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tiga oleh pihak lelaki.

Terdahulu Dayana ada membuat pengakuan sedang serius menjalin hubungan bersama seseoarang sejak awal tahun ini. Secara ringkas dia menjelaskan jejaka berkenaan merupakan seorang ahli perniagaan dan sudah berkawan sejak enam tahun lalu

Namun, mereka kula bercinta pada awal tahun ini sebelum Dayana mula berkongsi kepada umum fotonya bersama jejaka tersebut bulan Julai lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.