fbpx

“5 Tahun Muka Macam Si Pekan Ada Jambul” – Achey Tahan Gelak Sebab …

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak dan penyanyi, Achey Bocey berkongsi kisah melucukan apabila memperbaharui lesen memandunya di JPJ Cawangan Segamat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, dia menunjukkan gambar yang baru sahaja diambil untuk memperbaharui lesen memandunya itu sangat melucukan.

Mohd Nasir atau lebih mesra disapa sebagai Achey Bocey, 34, ini memberitahu gambar yang diambil menyerupai watak Si Pekan dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup.

“Pesanan kepada yang nak renew lesen, pastikan anda bersedia. Dekat JPJ ada kamera je. Jangan minta bedak, celak, make up bagai.”

“Jadi macam aku padan muka. Aduh 5 tahun bai. Siap macam si Pekan ada jambul pasal tak duduk diam,” tulisnya dengan memuat naik satu keping gambar lesen memandu miliknya yang baru saja diperbaharui.

Tambah lagi, apabila peminat dan followers mula mengusiknya dengan mengatakan gambar tersebut seiras seperti watak animasi popular, Upin Ipin. Ada juga yang memendekkan namanya menjadi M. Nasir, dan memanggilnya seperti kembar kepada penyanyi legend Malaysia, M. Nasir.

Pemilik nama sebenar Mohd Nasir bin Hamzah yang pernah menjuarai rancangan realiti Bintang Mencari Bintang, kini sedang menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, Kelaster yang turut dibintangi oleh Nora Danish, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani. Filem komedi seram tersebut akan mula ditayangkan pada 24 September 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.