fbpx
Now Reading
“Saya Taklah Sebangsat Itu” – Teruk Dibahan Kerana Reaksi Muka, Ini Respon Zizan Razak

“Saya Taklah Sebangsat Itu” – Teruk Dibahan Kerana Reaksi Muka, Ini Respon Zizan Razak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara. 


Peminat dunia hiburan semalam dikejutkan dengan lamaran yang dilakukan pelakon Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose yang dibuat secara live sewaktu di pentas Anugerah MeleTOP ERA.

Lamaran secara spontan tersebut dilakukan Kamal Adli sebaik sahaja kedua mereka selesai menyampaikan anugerah pada malam berkenaan.

Namun disebalik lamaran tersebut yang menggembirakan hati banyak pihak, terdapat sedikit komen-komen dan usikan nakal netizen selepas melihat reaksi muka pengacara pada malam tersebut iaitu Zizan Razak.

Lebih dahsyat dimana ada yang terang-terangan memerli aktor tersebut dan menggelarnya ‘loner’ , ‘penjaga jodoh’ dan sebagainya menjadi bahan gelak tawa di media sosial.

Enggan berdiam diri, Zizan yang jelas begitu kurang selesa dengan usikan tersebut kemudiannya tampil menjelaskan reaksi muka yang diberikannya pada waktu itu.

Menurutnya reaksi tersebut adalah spontan namun ianya hanyalah untuk menceriakan acara berkenaan.

Untuk memberikan program nampak ‘best’

“Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya dimedia sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE dipentas Ame 2020 malam tadi

“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best. 

Saya tidaklah sebangsat itu

Tambah Zizan lagi, dia tidaklah seteruk itu bila membabitkan soal jodoh kerana dia percaya jodoh maut semuanya urusan Maha Pencipta.

“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia” tuliz Zizan lagi

Sebagai rekod, Zizan sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan aktres iaitu Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun ianya terputus di tengah jalan.

Selain itu dia juga pernah digosipkan bersama Mira Filzah beberapa tahun lalu namun ianya dinafikan kedua mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.