fbpx
Now Reading
Raysha Gembira Lihat Uqasha Dilamar & Nelydia Dapat Hadiah Kereta Mewah

Raysha Gembira Lihat Uqasha Dilamar & Nelydia Dapat Hadiah Kereta Mewah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Siapa je yang tak suka lihat adik-beradik kita gembira kan? Nak-nak lagi jika mereka hampir mengecapi kebahagian mereka bersama orang tersayang betul tak?

Itulah yang dirasai oleh pelakon, Raysha Rizrose yang turut bergembira melihat kebahagiaan 2 orang kakaknya iaitu Nelydia Senrose dan juga Uqasha Senrose.

Kredit: Instagram/@meletop

Sebelum ini, kakak kepada Raysha iaitu Uqasha Senrose telah menerima kejutan lamaran dari seorang pelakon terkenal, Kamal Adli yang dibuat di atas pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) secara langsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad yang lalu.

Kini, giliran Nelydia pula apabila dikatakan baru sahaja menerima hadiah berupa sebiji kereta mewah iaitu Mercedes Benz. Difahamkan hadiah tersebut pemberian dari orang tersayang tau! Siapa lagi kalau bukan dari suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Kredit: Instagram/ @raysharizrose

Raysha yang baru-baru ini memuat naik sekeping gambar kakaknya, Nelydia di Insta Storynya itu meluahkan rasa gembira melihat kebahagian kakak-kakaknya itu. Foto yang dikongsikan itu jelas terpancar di raut wajah kakaknya, Nelydia yang kelihatan gembira setelah mendapat hadiah dari orang tersayang.

“Semalam kakak saya seorang itu dilamar. Hari ini kakak saya yang seorang lagi ni pula dapat hadiah kereta baru.

“So happy for you kakakku Nelydia Senrose and thank you bawa Da (Raysha) jalan-jalan tadi,” tulisnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.