fbpx
Now Reading
Perlu Tenaga Kerja Yang Ramai, AJL35 Sah Ditunda

Perlu Tenaga Kerja Yang Ramai, AJL35 Sah Ditunda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat, baru-baru ini media telah mengumumkan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) akan berlangsung tanpa penonton pada 7 Februari depan di Auditorium MBSA Shah Alam.

Namun hari ini, menerusi satu kenyataan media oleh pihak AJL35, anugerah tersebut terpaksa ditunda bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh​ dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan PKP yang bermula Rabu ini pastinya mengekang persiapan menjelang AJL35.

Foto : HMetro

“Ketika sidang media AJL35 semalam, saya dan penerbit eksekutif, Nurhul Huda berharap PKP tidak dilaksanakan supaya acara itu boleh berlangsung seperti dijadualkan.

“Namun, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilaksanakan bermula esok hingga 26 Januari ini. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.

“Ini kerana kerja-kerja pembinaan itu memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak kami memutuskan menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya selepas tempoh PKP ditamatkan secara rasmi,” katanya.

Dia dalam masa sama turut berharap agar semua pihak yang terkesan dengan penundaan itu dapat menerima dan faham dengan keputusan terbabit demi kebaikan bersama.

“Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini. Kami berharap juga semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamatan kita semua,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.