fbpx
Now Reading
Pelawak Lagenda, Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

Pelawak Lagenda, Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pelawak ‘stand up’ komedi lagenda, Datuk Jamali Shadat, 78, dilaporkan telah meninggal dunia, di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang, pada jam sekitar 8 pagi hari ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, berita sedih tersebut disahkan anaknya, Fauzi Jamali.

“Ya betul (meninggal dunia). (Pada jam) 8.15 pagi tadi (Rabu),” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Khabar duka tersebut turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya.

” Perginya seorang seniman. Innalillahi wainna ilaihirojiuun..Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amiin. Al-Fatihah Buat Allahyarham Dato Jamali Shadat” tulisnya sebagai ruangan kapsyen.

Jamali yang merupakan anak kelahiran Bukit Kapar Klang, meninggalkan lapan anak dan 39. Isteri beliau, Lela Yacob sudahpun meninggal dunia pada Jun 2018 akibat serangan angin ahmar.

Menerusi laporan Harian Metro, arwah yang terkesan akibat pemergian isterinya kemudiannnya mula mengalami kemurungan.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh cucu beliau, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31 kepada portal berkenaan.

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

“Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq. 

Malah beliau juga terkesan kerana jadual seninya juga sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

“Selepas itu… dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya,” kata Isyraq lagi. 

Arwah di zaman kegemilangannya pada 1980 cukup dikenali dan sinomin dengan watak Atan bersama Atuk dan rakannya yang berbilang kaum.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.