fbpx
Now Reading
Fauziah Nawi Sanggup Jumpa Agong, PM Untuk Mohon Jalani Penggambaran

Fauziah Nawi Sanggup Jumpa Agong, PM Untuk Mohon Jalani Penggambaran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon veteran, Fauziah Nawi hari ini menerusi satu perkongsian di Facebook meluahkan hasratnya untuk bertemu beberapa pemimpin negara seperti Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran agar penggiat seni dapat kembali menjalankan penggambaran.

Rasa nak merafak sembah ke bawah YDPA

“Rasa nak Merafak Sembah KeBawah Duli Yang DiPertuan Agong untuk sampaikan pesan kepada PM dan Menteri MKN supaya membenarkan karyawan shooting semula dgn patuh #SOP yg ditetapkan.

“Tuanku rakyat grup production dalam keadaan genting.Ampun Tuanku. ” tulis beliau di laman Facebooknya.

Menerusi laporan Harian Metro, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan ibu di kalangan pengggiat filem mengakui posting tersebut memang ditulisnya sendiri demi membela nasib semua anak seni.

“Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takut pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni.

“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Patik mohon ampun kalau salah penggunaan bahasa. Tidak ada siapa suruh tulis.

“Itu saja boleh buat. Mana tahu ada yang nampak hantaran itu dan sampaikan pada Tuanku atau PM (Perdana Menteri). Saya difahamkan sudah ramai kongsikan hantaran itu dan ‘tag’ Tuanku dan PM. Apa saya tulis bukan nak marah, tapi memberitahu keadaan sebenar anak seni yang mana kehidupan perlu diteruskan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ibu, segala aktiviti seni membabitkan dirinya telah ditangguh ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula pada 13 Januari lalu. Untuk melakukannya secara dalam talian juga agak sukar.

“Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami semua ikut prosedur operasi standard (SOP). Alhamdulillah, tidak ada lagi kluster dari penggambaran.

“Mereka yang mempunyai simpanan pun akan habis juga jika perkara ini berterusan. Saya faham sekarang ini semua orang susah. Malah ada yang ‘nazak’ dari segi kewangan.

“Saya bersuara bukan untuk saya seorang. Kalau untuk saya saja, esok lusa tidak ada makanan, saya hubungi sesiapa pun, Insya Allah mereka boleh bantu. Tapi, macam saya masih ada tanggungan. Apatah lagi orang lain.

“Macam saya, semua ‘job’ terpaksa ditangguhkan termasuk beberapa projek teater di bawah syarikat saya. Nak buat secara dalam talian bukan mudah. Perkara sebegini kena dibuat secara empat mata. Jadi, saya berharap sangat sekarang ini cari penyelesaian apa yang boleh dibuat,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.