fbpx
Now Reading
Tahniah!! Ernie Zakri, Syamel Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah!! Ernie Zakri, Syamel Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Puncak Alam, Selangor sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Difahamkan majlis tersebut berlangsung secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Difahamkan untuk majlis tersebut,  pihak Syamel telah menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran yang dibalas pihak Ernie dengan tujuh dulang.

Ernie turut berkongsi khabar gembira tersebut dilaman instagramnya.

Terdahulu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly, 28 dan Nur Ernie Shahirah binti Zakri, 29 telah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu dan sepakat untuk melangsungkan pernikahan selepas AJL35 berlangsung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.