fbpx

Serina Redzuawan Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Tahniah kami ucapkan kepada aktres Serina Redzuawan, 38, yang selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Aidid, hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan Serina menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya nak umumkan saya selamat mendirikan masjid bersama suami.

Serina yang juga anak kepada chef selebriti terkenal, Chef Wan turut memaklumkan majlis yang diadakan secara tertutup itu turut mendapat restu bapanya.

“Majlis nikah kami secara tertutup. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dulu. Benar jodoh pertemuan, ajal itu rahsia Allah. Kita yang lahir di bumi semuanya sudah tertulis di kitab Loh Mahfuz. “Alhamdulillah, dialah terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami. Insya-Allah selepas Adilfitri kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa. Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina dan Aidid semangat serta doa,” katanya.

Ini merupakan perkhawinan kedua buat aktres ini. Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 2010.

Tahniah buat Serina dan suami!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.