fbpx
Now Reading
Suhaimi Saad Hentam Catriona Ross, Tak Setuju Dengan Kenyataan Balik Kampung Semasa PKP

Suhaimi Saad Hentam Catriona Ross, Tak Setuju Dengan Kenyataan Balik Kampung Semasa PKP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial  tentang bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang membidas kenyataan dibuat oleh pelakon, Catriona Ross.

Tidak bersetuju dengan pendapat Catriona

Suhaimi Saad tidak bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut yang  menganggap rakyat yang tidak mematuhi larangan pulang ke kampung sebagai bod*h.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Suhaimi beranggapan bahawa Catriona sepatutnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza.

Bahkan, dia turut meminta pelakon itu supaya tidak berasa megah dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

Amboi. Sedap dan nampak puas. Klimaks sangat bila kau dapat kata rakyat ‘se tu pid’ (bodoh) dan bingai. Jangan megah sangat dapat buat macam tu kak.

“Kau kena faham yang masalah dan keperluan orang tak sama. Jangan buat baju satu saiz, lepas itu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama. Tu lagi bingai.

Melalui posting yang dimuat naik itu, suami kepada Ina Naim itu meminta supaya Catriona berhenti untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian  kerana setiap orang mempunyai masalah tersendiri.

Suruh Catriona berdiam

Suhaimi yang turut memarahi Catriona dengan menyuruh pelakon wanita itu untuk menyimpan kenyataan tersebut kepada diri sendiri sahaja agar orang ramai tidak akan benci dan meluat dengannya.

Dah setahun lebih kot orang patuh,taat,ikut,sabar. So kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerajaan?”

Simpan la kau punya bod*h dan bingai tu. jangan tunjuk sangat. nanti orang meluat.

Terdahulu, pelakon Catrionas Ross memuat naik video menzahirkan rasa kesalnya dengan segelintir masyarakat Malaysia yang tetap melanggar SOP dan menyalahkan orang lain.

Luah Catriona, tindakan mementingkan diri sendiri itu akan mengundang risiko dan juga membahayakan orang lain terutamanya ibu bapa di rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.