fbpx

“Hadiah Hari Jadi Paling Bermakna.” – Lisa Surihani Selamat Lahirkan Anak Ketiga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani telah selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga pada jam 2.30 pagi tadi.

Khabar gembira tersebut telah dikongsikan oleh suaminya, Datuk Yusry Abd. Halim menerusi sebuah posting yang terbaru di Instagram.

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi.

“Baby dan Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.”

Hadiah hari jadi yang cukup bermakna

Tambahnya lagi dalam kapsyen tersebut, kelahiran anak ketiganya itu merupakan hadiah hari jadi yang begitu bermakna buatnya kerana telah berkongsi tarikh lahir sama iaitu pada 15 Jun.

Foto: IG Lisa Surihani

“Hadiah hari jadi yang cukup bermakna. Selamat datang ke dunia, Junior!”

Menurut sumber, pada Februari lalu, Yusry telah mengumumkan isterinya sedang hamil anak ketiga selepas mendapat banyak pertanyaan daripada para peminat, seperti dipetik mStar.

Menurutnya, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita gembira itu dan tidak perlu dihebahkan kerana lambat laun tetap akan diketahui sendiri oleh orang ramai.

Sebelumnya, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan telah dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne dan juga Yusof Leonne.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.