fbpx
Now Reading
Dipercayai Mabuk, Bekas Ratu Cantik Rempuh SJR & Tumbuk Polis

Dipercayai Mabuk, Bekas Ratu Cantik Rempuh SJR & Tumbuk Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan drastik seorang wanita merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan bertindak agresif dengan menumbuk polis akhirnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan wanita itu yang merupakan bekas ratu cantik negara pada mulanya sedang memandu bersama rakannya dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

Namun sebaik tiba ke satu SJR di Lebuhraya Persekutuan, dia langsung tidak memberhentikan kenderaan malahan terus memecut laju.

Tindakan beraninya menyebabkan anggota kereta peronda polis (MPV) terus mengejar kenderaan suspek dan akhirnya menahannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, saspek yang ditahan bagaimanapun tiba-tiba menjadi agresif dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk,” katanya.

Bekas ratu cantik berusia 20 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Foto kredit : Malaymail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.