fbpx

“Gilalah siapa yang petik nama” – Tauke Jambu Nafi Ditangkap Kes Pemerdagangan Manusia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang tadi netizen hangat memperkatakan mengenai kes pemerdanganan manusia bagi tujuan eksploitasi seks selepas media melaporkan penahanan seorang pelawak terkenal di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu.

Sejak berita tersebut dilaporkan, antara nama pelawak yang disebut-sebut netizen adalah Tauke Jambu.

Terbaharu, Tauke menafikan dia ditahan pihak polis apatah lagi terlibat dalam jenayah tersebut, sebaliknya menjelaskan yang dia berada di rumah ketika ini.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu. 

“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

“Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” kata Tauke dipetik dari Harian Metro.

“Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya. 

Perkara sama turut dimaklumkan isterinya Nadia Mohd Affandi yang menjelaskan Tauke ada disisinya.

Tiada hak tutup mulut orang

Menerusi laporan mStar, meskipun kesal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria berkata dia tidak dapat menutup mulut orang ramai.

“Benda ni serius tapi orang dah tuduh kita nak buat macam mana. Saya tak boleh nak komen apa-apa.

“Tak tahu macam mana benda ni boleh keluar. Reda je la… netizen ada hak dan kita tak boleh nak larang.

Terdahulu, media melaporkan pelawak terkenal yang ditahan sudah direman selama empat hari hingga khamis manakala wanita yang diselamatkan sudah mendapat perlindungan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.