fbpx
Now Reading
“Tiada niat malukan sesiapa” – Cerita Babak Panas Babitkan Raja Farah, Fauzi Nawawi Tampil Mohon Maaf

“Tiada niat malukan sesiapa” – Cerita Babak Panas Babitkan Raja Farah, Fauzi Nawawi Tampil Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial khususnya Twitter sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan mengenai sedutan video sebuah talkshaw di sebuah televisyen swasta yang menghimpunkan beberapa hero filem Melayu untuk berkongsi pengalaman menarik mereka sepanjang bergelar pelakon.

Apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah perkongsian aktor terkenal, Fauzi Nawawi yang berkongsi pengalamannya secara terperinci sewaktu membawa watak seorang perogol didalam Filem Anak Halal membabitkan beliau dan aktres wanita yang kini bergelar usahawan, Raja Farah.

Topik berkenaan yang dilihat tidak sopan dan boleh menjatuhkan maruah seseorang menyebabkan ramai netizen tertanya-tanya bagaimana ianya boleh dilepaskan untuk tayangan di TV.

Malah ramai berpendapat ia tidak sepatutnya diceritakan memandangkan babak berkenaan sudahpun dibuang dari filem berkenaan atas permintaaan keluarga Raja Farah sendiri.

Raja Farah dan suami buka mulut

Isu tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail yang akhirnya tampil menerusi satu perkongsian di Instagram bagi memberikan respon mengenai perkara berkenaan.

Menjaga kehormatan wanita

Menurut Iskandar, individu tersebut yang merujuk kepada Fauzi sepatutnya tidak mengaibkan mana-mana wanita walaupun perkongsiannya tu hanyalah merujuk kepada hasil karya seni.

Tambahnya lagi, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.

Mereka bagaimanapun tidak mahu isu tersebut dipanjangkan apatah lagi adanya sebarang permusuhan ekoran dari video tersebut.

Fauzi tampil mohon maaf

Menyedari keterlanjurannya, Fauzi akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada pasangan berkenaan di akaun Instagramnya.

Menjelaskan dia tidak tahu apakah tujuan video itu kembali ditularkan memandangkan program berkenaan sudah lama ditayangkan dia bagaimanapun memohon maaf kepada Raja Farah, suami dan keluarganya.

“Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Saya nak memohon maaf pada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga.

“Video ini (permohonan maaf) mungkin agak lambat saya muat naik kerana saya baru balik dari ‘shooting’, saya kerja. Kebetulan tengah ‘shooting’ babak berat, jadi saya lupakan dan tutup semua telefon sebab tak nak mengganggu fikiran saya.

“Saya pun tak tahu apa perkara sebenarnya yang netizen marah sangat pada saya sampai sanggup maki, hantar mesej yang bukan-bukan di DM, Twitter semua maki, b***, celaka. Alhamdulillah saya terima dengan lapang dada. Saya terima dengan tenang walaupun kusut juga memikirkan,” katanya.

Tambah Fauzi lagi, dia bagaimanapun ada meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong jika ada bahagian yang sensitif didalam perbualan berkenaan.

“Sebab kami bersembang antara lelaki. Memang salah saya bila bersembang tak kawal cakap, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah. Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang saya pernah pegang. Kalau diceritakan watak 13,14 tahun dulu, watak begitulah.

“Perompak, penjahat, perogol itulah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap, habis rakaman saya tersedar yang bahawa ada benda yang patut dipotong, yang disensorkan supaya tak ditayangkan,” katanya. 

Tiada niat untuk malukan sesiapa

“Tapi apapun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik. Kepada yang amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. 

“Memang saya tiada niat langsung memalukan. Pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tak mahu lagi perkara ini dipanjangkan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.