fbpx
Now Reading
Isu Penyiar Mahu Pelakon Dengan 1 Juta Pengikut, Zahiril Adzim Ajak Amerul Affendi Beli Followers Di Shopee

Isu Penyiar Mahu Pelakon Dengan 1 Juta Pengikut, Zahiril Adzim Ajak Amerul Affendi Beli Followers Di Shopee

Menurut Amerul, isu ini bukan hanya disebabkan penyiar. Sebaliknya ia akan terus berlaku selagi produser drama terus mengikut kehendak stesen TV.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial baru-baru ini hangat memperkatakan mengenai satu kriteria yang diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran yang hanya mahukan penerbit mengutamakan pelakon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.

Bukan sahaja menjadi perdebatan di kalangan netizen, isu ini turut menjadi topik hangat di antara para selebriti dan penggiat seni.

Baca artikel berkaitan: “Saya cadang tukar pelakon tapi saya yang ditukar” – Yusri A.Halim Ulas Isu Penyiar Mahu Pelakon 1 Juta Pengikut

Isu ini sekali lagi mendapat perhatian pelakon berbakat besar, Amerul Affendi. Dia yang sebelum ini pernah mengutarakan isu sama sekitar tahun lalu dilihat kembali mengulas mengenai isu tersebut.

Menurut  pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia 2015, isu ini bukan hanya disebabkan penyiar, sebaliknya ia akan terus berlaku selagi produser drama terus mengikut kehendak stesen TV.

“Selagi ada produser yang ikut sahaja kehendak stesen TV, selagi itulah kau kena cari hero atau heroin dengan sejuta pengikut.

“Bukan salah stesen TV sahaja. Salahkan kipas,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Yang menariknya, posting tersebut turut mendapat perhatian ramai rakan selebriti antaranya pelakon, Zahiril Adzim yang bergandingan bersamanya di dalam Filem One Two Jaga.

Dia secara spontan membalas : “Oleh itu, marilah ‘tong-tong’ (kongsi) beli followers, mungkin di Shopee ada jual. Kau separuh, aku separuh.”

Meskipun ringkas, komen yang diberikan Zahiril jelas berbaur sinikal memandangkan isu ini seolah membuktikan kriteria mencari pelakon bukan lagi pada bakat sebaliknya industri hiburan kini dilihat terlalu obses dengan jumlah pengikut media sosial sebagai pelaris drama.

Menerusi pemerhatian kami, Zahiril setakat ini mempunyai 714,000 pengikut manakala Amerul 303,000 orang.

Namun semua pasti bersetuju jika kami katakan kedua-dua mereka merupakan di antara pelakon paling berbakat di Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.