Teruk Dikecam Isu Bela Anjing, Julia Farhana Tampil Beri Penjelasan
Menurut Julia, niat utama keluarganya membela anjing tersebut ialah kerana anjing ini asalnya telah dibuang dek kerana masalah kulit yang dihidapinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini nama pelakon dan model, Julia Farhana Marin menjadi perbualan hangat di media sosial selepas dia menerusi Instagram Story berkongsi kepada pengikutnya yang keluarganya mempunyai anjing peliharaan di rumah.
Isu tersebut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada segelintir yang merasakan perbuatan itu bukanlah satu kesalahan manakala majoriti dilihat tidak bersetuju dengan tindakannya.
Menggelarkan anjing tersebut bagai Julio, Julia bagaimanapun menjelaskan anjing peliharaannya itu sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan dia sekeluarga.
Malah menurutnya anjing ini bukan jenis yang air liurnya sentiasa meleleh.
“Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan.
“Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami. Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh,” katanya dipetik dari mStar.
Bela sebab anjing itu dibuang
Menyedari dirinya teruk dikecam, Julia kemudian menjelaskan bahawa niat asal keluarganya membela anjing tersebut ialah kerana anjing ini asalnya telah dibuang dek kerana masalah kulit yang dihidapinya.
“Dia ditinggalkan pada usia dua tahun kerana tidak ada sesiapa mahukannya disebabkan penyakit kulit. Saya dan keluarga memutuskan untuk memeliharanya. Kami sudah biasa melatih anjing. Ketika membesar di Australia, ibu bapa saya membela empat ekor anjing. Semua terlatih.”
Tambahnya lagi, anjing tersebut juga tidak dibiarkan berkeliaran di dalam rumah dan hanya dibenarkan berada di beberapa kawasan sekitar kediamannya.
“Seperti saya katakan, bilik saya bersambung dengan pintu taman, paling dekat, jadi dia ada akses. Selain daripada itu, tak ada akses,” ujarnya.
Saya cuba perbaiki apa yang mampu
Mengakui terasa hati apabila ada di kalangan figura umum yang mengeluarkan ulasan tanpa menghubunginya terlebih dahulu untuk mengetahui apa yang terjadi, Julia bagaimanapun memaklumkan dia menerima teguran yang diberikan.
Malah dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang turut menegurnya dengan cara baik dan memaklumkan akan cuba memperbaiki diri jika ada yang kurang.
“Untuk figura umum yang mengeluarkan kenyataan, ulasan tanpa menghubungi saya, tanpa memahami situasi sebenar dan terus menghukum and judge saya dan keluarga saya really breaks my heart. Tapi saya terima because the way the situation was portrayed is very misleading.
“Terima kasih semua untuk teguran yang baik, saya cuba perbaiki apa yang saya mampu. Thank you, especially to those who were kind and loving. I appreciate it all.”