fbpx
Now Reading
Berjaya Ketepikan Danial Chuer dan Aisha Retno, Elica Paujin Juara Big Stage 2022

Berjaya Ketepikan Danial Chuer dan Aisha Retno, Elica Paujin Juara Big Stage 2022

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin dinobatkan sebagai juara program realiti Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi.

Elica yang menyanyikan lagu Cinta dan Believer berjaya mengumpul markah 78.93% sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Danial Chuer yang menyampaikan lagu Hilang Naluri dan Still Love You sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara itu, seorang lagi peserta pilihan, Aishah Retno yang menyanyikan lagu Fallin’ (Alicia Keys) dan Semua Jadi Satu pula memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Markah juri tidak jauh berbeza

Ketiga-tiga peserta ini sebenarnya bersaing hebat bagi kedudukan Top 3 di mana perbezaaan peratusan markah yang diberikan juri adalah begitu tipis.

Namun apa yang membezakan ialah markah undian penonton yang memperlihatkan Elica berjaya mendapat 12.71 mata meninggalkan jauh Daniel Chuer (5.98 mata) dan Aisha (4.47 mata).

Tempat keempat menjadi milik Yazmin Aziz manakala penyanyi kelahiran Indonesia, Tegar Septian hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Foto : Astro Ria

Konsert akhir Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Ajai serta Datuk Seri Siti Nurhaliza manakala Aliff Aziz sebagai juri juara dan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

Juri pedas bagi konsert akhir ini pula digalas oleh Elly Mazlein dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.

Keputusan & markah penuh pentas akhir Big Stage Musim ke-4 2022

Juara : Elica Paujin (78.3%)
Naib juara : Danial Chuer (72.62%)
Ke-3: Aishah Retno (71.04%)
Ke-4 : Yazmin Aziz (59.35%)
Ke-5: Tegar Septian (59.13%)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.