fbpx
Now Reading
Abang Long Fadil 3 Raih RM10 Juta Selepas 5 Hari Tayangan

Abang Long Fadil 3 Raih RM10 Juta Selepas 5 Hari Tayangan

Penerbit bersama ALF3 merangkap Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan itu membawa visi mereka dalam menghasilkan filem dengan nilai hiburan terbaik buat penonton.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem Abang Long Fadil 3 (ALF 3) yang sudah menemui peminat secara rasmi sejak 8 September lalu telah berjaya mencatat kutipan RM10 juta. Sambutan baik ini membuktikan penonton masih meletakkan kepercayaan pada karya-karya tempatan dan sekali gus memperlihatkan industri filem Malaysia kembali meriah.

Penerbit bersama ALF3 merangkap Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan itu membawa visi mereka dalam menghasilkan filem dengan nilai hiburan terbaik buat penonton.

“Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Abang Long Fadil 3. Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan. Naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton. Sejak ditayangkan, kami telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini.”

Penerbit Abang Long Fadil, Datuk Yusof Haslam

Perkara sama turut dibangkitkan pengarahnya, Syafiq Yusof menerusi satu hantaran di Instagaram.

“Syukur Alhamdulillah!” tulis Syafiq Yusof ringkas di ruangan kapsyen.

Abang Long Fadil 3 arahan pengarah muda ini menampilkan lakonan Zizan Razak dan Johan Raja Lawak.

Bagi naskah terbaharu ini, Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi di mana dia perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Selain Zizan dan Johan Raja Lawak, filem Abang Long Fadil 3 ini turut menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Elizebeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, dan banyak lagi. Selain itu Hairul Azreen juga akan turut membuat penampilan istimewa.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.