Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sejak semalam (13 Sept) tular di aplikasi TikTok satu sedutan Video Muzik (MV) karaoke lama berjudul Kekasih Pujaan nyanyian Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang menampilkan seorang gadis dan seorang pemuda.
Apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah pemuda di dalam MV lama dilihat seiras dengan usahawan kontroversi, Nur Sajat yang kini menetap di Australia.
Malah raut wajah dan gerak tarinya yang gemalai benar-benar menyerupai usahawan berkenaan.
Namun apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah penampilan Sajat di dalam video lama itu yang dilihat segak berbaju Melayu dan bersongkok.
Meskipun tiada info lengkap, ramai dilihat yakin dan merasakan lelaki di dalam video itu adalah Sajat manakala gadis yang bersamanya adalah Nur Mustika, iaitu adik perempuannya.
Mustika akui itu Sajat
Mustika kemudiannya menerusi ruangan komen mengesahkan pemuda di dalam berkenaan adalah Sajat namun menjelaskan gadis di dalam video tersebut adalah kakak mereka.
“Bukan, itu Sajat dengan Kaklong,” kata Mustika ringkas.
Jawapan sama turut diberikan Mustika sewaktu dihubungi.
“Itu bukan saya, itu kakak sulung saya,” katanya kepada BuzzKini.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terkejut melihat penampilan masa dahulu Sajat yang begitu segak.
Handsome nya dulu
Budak Swatari
Carian kami kemudiannya berjaya menemukan versi penuh MV berkenaan di YouTube yang sudah dimuat naik sejak 2019.