fbpx
Now Reading
Penduduk Selatan Thailand Rai Hari Raya Dengan Meriah, Pamer Warisan & Budaya Melayu [Video]
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Selatan Thailand

Penduduk Selatan Thailand Rai Hari Raya Dengan Meriah, Pamer Warisan & Budaya Melayu [Video]

Menerusi video dikongsikan oleh Adnan turut kelihatan pengunjung yang hadir meraikan sambutan Hari Raya itu dengan penuh semangat untuk mempamerkan warisan dan seni budaya Melayu seperti baju dan silat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan bagi meraikan kemenangan kita selepas sebulan berpuasa dan melawan hawa nafsu.

Oleh itu, semua umat Islam di seluruh dunia mempunyai cara tersendiri untuk meraikannya dengan budaya masing-masing.

Jika di negara ini, kita akan menyambutnya dengan memakai baju tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu, berkunjung ke rumah sanak saudara dan juga menyediakan beberapa juadah seperti rendang, dodol, lemang dan sebagainya.

Hari Raya disambut dengan penuh meriah di Selatan Thailand

Namun sedikit berbeza dengan negara jiran di selatan Thailand ini apabila setiap tahun mereka akan berkumpul untuk meraikan Hari Raya dengan mengadakan pelbagai aktiviti di Pantai Taluban di Sai Buri, Patani.

Memetik laporan Malaysia News Yahoo, acara berkenaan telah dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut termasuklah pada tahun ini.

Apa yang lebih menarik, para tetamu yang hadir ke acara tersebut bukan sekadar meraikan Hari Raya sebaliknya turut mengambil peluang untuk mempamerkan warisan dan budaya mereka.

Ia merupakan sambutan Aidilfitri yang paling bermakna buat masyarakat Melayu di sana yang sudah beberapa dekad menjadi kumpulan minoriti di Thailand.

Pelbagai akviti turut diadakan seperti pertunjukkan seni mempertahankan diri

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh akaun TikTok @kakijalae atau lebih dikenali sebagai Adnan Fatoni yang menunjukkan kemeriahan sambutan Aidilfitri tersebut.

Menerusi video tersebut kelihatan acara ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan mereka turut mempunyai pelbagai aktiviti seperti pertunjukkan seni mempertahankan diri iaitu silat tradisional yang popular di kalangan orang Melayu.

Ramai kagum lihat sambutan perayaan yang penuh dengan warisan dan budaya

Malah kelihatan orang ramai kagum apabila dapat melihat seni warisan yang dipamerkan. Di dalam video berkenaan Adnan turut tidak melepaskan peluang apabila sempat menemu bual beberapa individu untuk bertanya tentang pakaian mereka.

Jelasnya, dia kagum melihat kehadiran orang ramai yang hadir untuk menyambut perayaan setahun sekali itu.

Bukan itu sahaja video yang dikongsikan oleh Adnan juga turut mendapat perhatian di kalangan pengguna media sosial apabila ramai yang memuji acara tersebut kerana kelihatan mereka begitu bangga untuk menunjukkan warisan budaya Melayu.

Turut kelihatan beberapa kumpulan yang memakai baju dengan warna yang sama dan ia dipercayai untuk memberitahu mereka daripada wilayah atau daerah tertentu.

Manakala dari segi bahasa pula kedengaran mereka menggunakan bahasa seperti loghat di Kelantan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.