Tular Dakwaan Sajat Ditangkap Di Australia, Ini Penjelasan Empunya Badan
Sajat menyatakan media sosial antara punca terjadinya fenomena dimana berita palsu disebarkan secara meluas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu khabar angin yang mendakwa usahawan terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa di Australia.
Menerusi beberapa hantaran di media sosial, usahawan dalam buruan itu dikatakan di tahan polis kerana tidak mempunyai pasport yang sah di Australia.
Enggan berdiam diri, Sajat akhirnya tampil menerusi satu hantaran di laman Instagram berhubung dakwaan tersebut.
Sajat nafi tuduhan, dakwa ia berita palsu
Menurut Sajat, dia menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah satu berita palsu.
“Seperti yang saya katakan bahawa propaganda, maklumat yang salah atau palsu sentiasa menjadi sebahagian daripada perang politik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Media sosial dan platform baharu lain jadi tempat penyebaran berita palsu secara meluas
Selain itu, Sajat menyatakan media sosial serta beberapa platform baharu yang lain turut menjadi salah satu punca terjadinya fenomena di mana berita palsu disebarkan secara meluas.
“Media sosial dan platform baharu yang lain telah memberikannya kehidupan dan capaian baru di mana fenoma berita palsu boleh tersebar ke mana-mana.”
Nur Sajat
Netizen kecam individu sebar berita palsu mengenai sajat
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Sajat.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mengecam pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai sajat itu di media sosial tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu.