fbpx
Now Reading
Bekas Suami, Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Buat Tuntutan Mutaah Bernilai RM1 Juta

Bekas Suami, Che Hafiz Terkejut Lufya Omar Buat Tuntutan Mutaah Bernilai RM1 Juta

Menurut peguam yang mewakil Che Muhammad Hafiz memaklumkan Lufya Omar membuat tuntutan kepada mahkamah pada Oktober 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (2 Mac) pelakon serta penyanyi, Lufya Omar telah bertindak membuat tuntutan mutaah bernilai RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Memetik laporan Kosmo, pelakon berkenaan kelihatan hadir ke mahkamah bersama ibu dan peguam syarienya sekitar jam 8.30 pagi.

Manakala bekas suaminya turut hadir ke mahkamah ditemani peguam serta isteri yang baru dikahwininya iaitu pelakon, Julia Farhana Marina.

Lufya enggan ditemubual oleh media, tuntutan dibuat pada Ogos 2022

Lufya bagaimanapun, tidak mahu ditemubual oleh media sebaik selesai prosiding berkenaan pada jam 10 pagi.

Menurut peguam yang mewakili Che Muhammad Hafiz iaitu Abdul Hadi, pengurusan kes berkenaan berikutan aktres tersebut membuat tuntutan kepada mahkamah pada Oktober 2022 yang lalu.

“Selepas tuntutan berkenaan, Lufya dan Che Muhammad Hafiz melalui proses Sulh, namun proses itu tidak tercapai. Jadi, hari ini adalah proses pengurusan kes dan kami sedang menunggu tarikh daripada pihak mahkamah untuk sebutan kes seterusnya,” jelasnya.

Bekas suami terkejut jumlah tuntutan mutaah diminta Lufya

Che Muhammad Hafiz ketika dijumpai menyatakan dia terkejut dengan jumlah yang diminta oleh bekas isterinya itu.

Dia bagaimanapun turut menghormati tuntutan tersebut selain menyerahkan kepada mahkamah bagi melakukan keputusan tentang jumlah yang perlu dibayar kepada pelakon terbabit.

Untuk makluman, mutaah merupakan pembayaran sagu hati yang diberi kepada bekas isteri selepas bercerai dalam bentuk wang atau barangan. Pembayaran ini diberikan jika penceraian antara pasangan itu bukan kerana kesalahan dari pihak bekas isteri.

Terdahulu, pelakon itu telah sah bercerai pada Jun tahun 2020 dan hasil dari perkahwinan berkenaan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.