fbpx
Now Reading
Selebriti Lelaki Gemar Berpantun Didakwa Langgan Pelacur Sama Sejenis
pengacara langgan pelacur lelaki

Selebriti Lelaki Gemar Berpantun Didakwa Langgan Pelacur Sama Sejenis

Namun menurut laporan sama, kelakuan sisi gelap pengacara yang sering berkongsi tentang agama, tips rumah tangga dan juga tips motivasi itu tidak diketahui oleh orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Golongan selebriti sering menjadi contoh kepada masyarakat memandangkan mereka mempunyai pengikut dan peminat yang ramai.

Oleh itu, mereka perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan positif agar ia dapat diikuti oleh pengikut mereka.

Pencara lelaki ada sisi homoseksual

Namun baru-baru ini, terdapat khabar angin menyatakan seorang selebriti yang merupakan pengacara lelaki dikatakan berkelakuan tidak baik.

Pengacara itu didakwa mempunyai sisi homoseksual yang hanya diketahui oleh segelintir pihak sahaja.

Memetik laporan Utusan Malaysia, perkara itu didedahkan oleh sumber yang dipercayai salah seorang pelacur lelaki dilanggan selebriti tersebut.

Turut dikatakan bahawa nafsu keinginan pengacara berkenaan sememangnya luar biasa serta dikatakan sudah menjadi kebiasaanya melanggan pelacur lelaki dan ‘wanita jadian’ (lelaki menyerupai wanita) dalam masa sama.

Pengacara sering berkongsi agama, tips rumah tangga, motivasi dan gemar berpantun

Tambahan laporan itu lagi, pengacara terbabit dikatakan sudah berkeluarga namun tidak pasti sama ada si isteri mengetahui sisi negatif suaminya begitu atau tidak.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, laporan itu memberikan petunjuk bahawa selebriti tersebut sering berkongsi tentang agama, tips rumah tangga, tips motivasi hidup namun tidak sangka mempunyai perangai sebegitu rupa.

Malah tajuk laporan Utusan turut menyebut pengacara lelaki itu gemar berpantun.

Selain itu dia turut didakwa pernah menganggu beberapa lelaki lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.