fbpx
Now Reading
Penyanyi Era 80-an, Rohana Jalil Meninggal Dunia

Penyanyi Era 80-an, Rohana Jalil Meninggal Dunia

Penyanyi, Rohana Jalil dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HTCM) disebabkan kebocoran usus sejak April lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Penyanyi terkenal era 1980-an, Rohana Jalil yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarhamah dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.33 malam tadi (20 Jun).

Sejak April lalu, pelatun lagu Rayuanku ini telah dimasukkan ke HTCM disebabkan oleh kebocoran usus. Kesihatan beliau kemudian dilaporkan merosot dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejak tengah hari semalam (20 Jun).

Hembus nafas terakhir di samping ahli keluarga

Penyanyi itu menghembuskan nafasnya di sisi suami iaitu Jahangir Khan, anak-anak dan ahli keluarga terdekat.

Berita duka tentang pemergian penyanyi era 80-an itu turut dimaklumkan oleh rakan artis dan juga penyanyi iaitu Haiza.

Allahyarhamah telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HCTM, UKM sejak 28 Mac lalu dan kemudiannya dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU), tetapi berada dalam pemantauan yang ketat sebelum disahkan meninggal dunia, lapor Kosmo.

Anak terima ketentuan pemergian ibu

Sementara itu anak kepada arwah, Shakira Idora menerusi Instagram miliknya berkata dia menerima ketentuan itu dan memaklumkan jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9 selepas zuhur dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22.

“Saya terima, namun tidak tahu bagaimana mahu menentukan arah hidup tanpa mama,” tulisnya di Instagram Story.

Sebelum ini, pengurus kepada arwah yang dikenali sebagai Jepun memaklumkan kesihatan penyanyi itu semakin merosot dan kuman telah merebak ke bahagian organ utama lain seperti paru-paru serta buah pinggang disebabkan kebocoran yang dialaminya Rohana.

Untuk makluman, Rohana Jalil yang juga ibu kepada pelakon Kilafairy merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Selain lagu Rayuanku antara lagu lain yang sering menjadi siulan ramai adalah Resah Ku, Naluri Cinta, Jangan Main Mata serta banyak lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.