fbpx
Now Reading
Insiden Kotorkan Pakaian Di Butik Jenama Mewah, Tomok Umum Terima Tajaan Levi’s Untuk Konsert New Boyz [Video]

Insiden Kotorkan Pakaian Di Butik Jenama Mewah, Tomok Umum Terima Tajaan Levi’s Untuk Konsert New Boyz [Video]

Kejadian yang berlaku sebelum ini membuatkan Tomok berputih mata kerana perlu membayar ganti rugi berjumlah RM5,593 di atas insiden tertumpah pengilat kuku di butik Levi’s.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada April lalu, penyanyi terkenal iaitu Tomok telah terlibat dalam satu kejadian yang tidak disengajakan di sebuah butik pakaian jenama mewah apabila anak perempuannya secara tidak sengaja telah mengotorkan baju serta seluar di kedai berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah pusat beli-belah terkemuka itu turut menyebabkan penyanyi berkenaan terpaksa membayar beberapa helaian seluar dan baju yang kotor kerana terkena cecair pengilat kuku.

Jumlah bagi kesemua pakaian yang perlu dibayar selepas mendapat diskaun adalah RM5,593.

Baca artikel berkaitan: Tomok Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM5,593 Selepas Anak Terkotorkan Pakaian Di Butik Jenama Mewah [Video]

Di sebalik kerugian perlu ditanggung, kini Tomok dan Newboyz dapat tajaan dari Levi’s

Terbaharu, selepas beberapa bulan kejadian itu berlaku kini Tomok atau nama penuhnya Shah Indrawan Ismail memaklumkan bahawa dia dan kumpulan New Boyz telah mendapat tajaan daripada jenama mewah, Levi’s bagi konsert yang bakal berlangsung di Singapura nanti.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram rasminya, Tomok memberitahu bahawa dia telah berkunjung semula ke butik jenama mewah itu selepas mendapat panggilan daripada jenama berkenaan untuk konsert yang bakal berlangsung pada 9 September nanti.

“Ini punca dia (sambil menunjuk ke arah anak perempuan), beberapa bulan lepas anak saya tumpahkan cecair pengilat kuku dalam kedai ini dan pada hari ini saya datang semula ke sini selepas mendapat panggilan daripada Levi’s yang alhamdulillah mereka nak beri tajaan kepada kumpulan New Boyz,” katanya.

Setiap anggota kumpulan akan dapat tajaan pakaian dari Levi’s

Menurut Tomok ia secara tidak langsung akan membuatkan setiap anggota kumpulan penyanyi itu akan mendapat satu ‘set’ pakaian daripada jenama pakaian terbabit termasuklah jaket.

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas rezeki yang datang tanpa disangka-sangka.

“Terima kasih kepada Levi’s atas tajaan, memang tak sangkalah rezeki dan juga terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Macam kejadian hari tu bila kita dah keluar (duit) memang akan dapat rezeki lain dan inilah rezekinya (tajaan yang diberikan oleh Levi’s).

Tomok dalam masa sama turut menunjukkan bahawa kumpulannya sedang sibuk memilih pakaian yang diperlukan selain menyatakan akan menggunakannya pada malam konsert berkenaan.

Ramai turut bersyukur dengan rezeki itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mengucapkan syukur atas rezeki tersebut selain menyatakan ia adalah hikmah sebalik kejadian itu.

Malah mereka turut berseloroh dengan mengatakan penyanyi itu perlu berterima kasih kepada anaknya sendiri.

“Alhamdulillah! Hikmah anak awak, sangat gembira untuk anda semua”

“Comel, tergelak kecil kita masa bapak tunjuk suspek. Suspek pun punca rezeki”

“Cuak betul tengok Levi’s tadi, ingat sejarah berulang apa pun alhamdulillah rezeki”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.