fbpx
Now Reading
Penyanyi ‘Klon P Ramlee’, Fairuz Misran Meninggal Dunia

Penyanyi ‘Klon P Ramlee’, Fairuz Misran Meninggal Dunia

Untuk info, Allahyarham Fairuz mula dikenali ramai ekoran penampilan dan gayanya yang dilihat seakan sama seperti figura seniman negara, Tan Sri P. Ramlee.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak kenal dengan Fairuz Misran? Penyanyi ini pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila dikatakan mempunyai persamaan atau jelmaan dengan seniman negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Hari ini (8 September), industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih penyanyi ini yang telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun.

Rakan Baik & Abang Umum Berita Sedih

Pemergian Allahyarham diumumkan oleh abangnya sendiri melalui Facebook Ruzaidi Misran.

“Innalillahiwainnahirojiun. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke Rahmatullah baru sebentar tadi.

“Mohon semua agar mendoakan dan sedekahkan Alfatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang yang beriman. Al Fatihah,” tulis abangnya menerusi ruangan kapsyen.

Innalillahiwainnahirojiun.. Menerima perkhabaran sedih bahawa adik yang disayangi Fairuz Misran telah kembali ke…

Posted by Ruzaidi Misran on Thursday, 7 September 2023

Memetik Mstar, penyanyi yang popular dengan lagu Ikatan Asmara bersama Baby Shima dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang di Hospital Licious, Sabah.

Berita pemergian penyanyi ini turut disahkan oleh sahabat baiknya yang dikenali Munirah.

“Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Bagaimanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya,” katanya.

Walau bagaimanapun, punca kematian Allahyarham tidak didedahkan oleh abang dan sahabat baiknya itu.

Untuk info, Allahyarham Fairuz mula dikenali ramai ekoran penampilan dan gayanya yang seakan sama seperti figura seniman negara, P Ramlee.

Bukan itu sahaja lontaran suara dan lenggok nyanyiannya yang menyamai P. Ramlee membuatkan namanya meniti di bibir peminat muzik klasik dan 60an.

Dia juga pernah menjuarai pertandingan bintang P Ramlee peringkat kebangsaan pada tahun 2012.

Dia kemudian terus mencipta nama setelah lagu duetnya bersama Baby Shima berjudul Ikatan Asmara menjadi trending hingga berjaya menduduki tempat pertama di laman YouTube pada tahun 2020.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.