fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam Kerana Komen ‘Stay Safe’ Pada IG Gal Gadot, Ini Penjelasan Raja Ilya [Video]

Teruk Dikecam Kerana Komen ‘Stay Safe’ Pada IG Gal Gadot, Ini Penjelasan Raja Ilya [Video]

Sebelum ini, pelakon berkenaan telah bertindak meninggalkan komen pada hantaran dimuat naik oleh pelakon, Gal Gadot di Instagram dengan berkata “Stay safe”.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini pelakon wanita, Raja Ilya teruk dikecam netizen selepas meninggalkan komen pada Instagram pelakon Wonder Woman iaitu Gal Gadot yang umumnya tahu dia berasal dari Israel.

Di dalam komen tersebut Raja Ilya telah mengucapkan “Stay Safe” selepas pelakon Hollywood itu mendakwa sekitar 250 penduduk Israel telah dibunuh dan ramai golongan wanita, kanak-kanak serta orang tua yang ditahan tentera Hamas di Gaza.

Pelakon itu kemudian mendapat perhatian netizen Malaysia yang jelas kecewa dengan tindakannya kerana menitipkan pesan sebegitu kepada Gal Gadot. Malah ramai kecewa kerana Gal Gadot tidak hanya menyokong sebaliknya pernah berkhidmat sebagai Israel Defence Force (IDF) pada tahun 2005 hingga 2007.

Baca artikel berkaitan: Raja Ilya Dikecam Gara-gara Ucap ‘Stay Safe’ Pada Gal Gadot

Tampil jelaskan tindakan komen pada Gal Gadot

Sedar menjadi kecaman rakyat Malaysia, Raja Ilya kemudian tampil dalam satu video menjelaskan tindakannya.

Menurutnya, perbuatannya meninggalkan komen itu adalah sebagai salah satu tindakan prihatin.

“Tindakan saya meninggalkan komen adalah sebagai satu tindakan prihatin (as a kindness), kerana dia adalah pelakon dan bukannya askar Israel, Perdana Menteri Israel, faham tak? Dia aktres.

“Ilya tak tahu yang ramai benci dia, sebab bila filem dia (Gal Gadot) keluar dekat Malaysia semua orang tengok dan pawagam itu penuh. Ilya pun tengok dan saya tak tahu sejak bila orang mula membenci dia.

“Point saya adalah di kapsyen pelakon itu mengatakan dia bersama dua orang anak kecil dan terdapat manusia yang mengetuk pintu,” katanya dalam video dimuat naik mStar.

@mstarmalaysia

Part 1 – “Saya pun derma kepada Palestin” – Raja Ilya berang netizen tuduh sokong Israel, tak tahu ramai benci Gal Gadot #sembangentertainment #mstar #rajailya #galgadot

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Komen diberikan hanya pendapatnya sahaja

Menurut Ilya, perkataan ‘stay safe’ dan itu hanyalah komen pendapatnya (purely opinion) sahaja sebaik membaca kapsyen Gal Gadot.

“Namun apa yang kelakar pada mereka yang mengecam ini, apabila terdapat segelintir dalam media sosial terutama yang menggunakan platform Instagram memberi komen terus mengatakan ‘you sokong Israel’.

“Perkara itu membuatkan saya seperti tergamam kerana apa maksudnya saya menyokong Israel. Ia hanya kerana satu komen kepada pelakon yang mengatakan ‘stay safe’ dianggap atau difitnah secara membabi buta mengatakan anda menyokong Israel.”

Sifatkan tuduhan mendakwa dia menyokong Israel adalah mengarut

Jelasnya, jika pelakon itu adalah orang Israel yang disekat oleh Malaysia secara terang-terangan saya tidak akan meninggalkan komen mahupun menjadi pengikutnya. Namun ramai orang Malaysia yang menjadi pengikut Gal Gadot dan perkara itu adalah sesuatu yang mengarut dan kebudak-budakkan untuk melemparkan tuduhan sebegitu rupa terhadapnya.

Ujarnya lagi, komen yang diberikan itu hanyalah sebagai peminat terhadap pelakon filem Red Notice itu dan bukan tanda sokongan kepada Israel.

Jelaskan dia juga beri sumbangan kepada Israel & tak tengok berita kerana sedih dengan apa berlaku

“Adakah saya memberikan sumbangan wang kepada mereka? Adakah saya akan memberi sokongan kepada mereka? Tidak.

“Saya menyumbang wang kepada warga Palestin. Adakah saya simpati dengan apa berlaku kepada saudara di Palestin? 100%, malah saya tak nak tengok berita lagi kerana ia amat menyedihkan.

“Ramai yang mati, dan ini adalah peperangan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Raja Ilya turut membidas tindakan segelintir pihak yang ingin mempertahankan saudara di Palestin namun dengan cara memaki hamun dan mencarut.

Dia turut menyifatkan ia satu tindakan yang keji dan menunjukkan betapa teruknya mentaliti mereka.

“Jadi kalau orang nak salah faham, tiada apa yang perlu disalah fahamkan. Ia adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya untuk beranggapan (assume).”

Soal apa tindakan dilakukan oleh keyboard warrior yang menghtamnya kepada Palestin

Malah dalam video sama dia turut menyoal apakah usaha yang dilakukan oleh keyboard warrior terbabit dalam membantu warga Palestin yang berada dalam kesusahan.

“Ia tidak masuk akal, tunjukkan tindakan anda (keyboard warrior). Saya sentiasa tunjuk tindakan saya.

“Saya tak perlu meletakkannya di dalam media sosial untuk tunjuk apa saya buat kepada orang. Tak perlu cukup saya dan Allah SWT tahu,” kata aktres yang kini menetap di Australia itu.

@mstarmalaysia

Part 2 – Padah komen di IG Gal Gadot, Raja Ilya jawab tuduhan sokong Israel – “Apa bantuan you buat?” #sembangentertainment #mstar #rajailya #galgadot

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Melihat di ruangan komen, meskipun pelakon berkenaan telah memberikan penjelasannya namun masih ramai yang tetap bersetuju dengan tindakannya.

Malah ada yang memintanya agar menjadikan model terkenal, Bella Hadid sebagai contoh kerana dia sentiasa menyokong Palestin secara lantang.

“Apa-apa jelah! tengok la profil Gal Gadot di Instagram tu tulis apa”

“Gal Gadot dengan jelas orang Israel, dia terang-terang mengaku selepas Wonder Woman keluar tu sekarang DC pun buang dia as Wonder Woman”

“Gal Gadot tu dulu IDF la.. ish dia ni sembang apa”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.