fbpx
Now Reading
“Susah Sangat Ke Nak Sebut Palestin?” – Netizen Dakwa Meerqeen Takut Hilang Job, Tak Sebut Mana-Mana Pihak Dalam Hantaran Terkini

“Susah Sangat Ke Nak Sebut Palestin?” – Netizen Dakwa Meerqeen Takut Hilang Job, Tak Sebut Mana-Mana Pihak Dalam Hantaran Terkini

Terdahulu, Meerqeen dikecam oleh segelintir netizen gara-gara bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanyalah sesiapa sahaja pada masa kini tentang konflik di antara Palestin dan Israel, kebanyakan individu pastinya menzahirkan rasa sedih dengan apa yang menimpa rakyat Palestin serta geram dengan kekejaman Rejim Zionis.

Malah, setiap orang tanpa mengira status dan latar belakang mempunyai cara tersendiri menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin melalui sumbangan derma atau hantaran di media sosial.

Namun, ada juga segelintir individu terutamanya artis yang dilihat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik ini hingga menimbulkan kecaman netizen.

Didakwa Berdiam Mengenai Isu Palestin, Meerqeen Muat Naik Hantaran Terbaharu

Tidak terkecuali, pelakon lelaki yang sedang meningkat naik, Muhammad Shameer Shaugeen Shaiful Izam atau Meerqeen juga turut menerima kecaman apabila dilihat berdiam diri dari mengulas isu konflik kedua-dua pihak ini.

Namun, dia akhirnya memuat naik hantaran di Instagram rasmi miliknya pada 18 Oktober yang lalu bagi menyuarakan isi hatinya tentang konflik di antara Palestin dan Israel.

“Sebagai seorang Muslim dan seorang manusia, saya percaya akan tanggungjawab saya untuk terus berusaha menjadi Khalifah di bumi pinjaman ini dan memperjuangkan keadilan serta kedamaian.

“Doa dan harapan saya akan sentiasa terus untuk saudara-mara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, pelakon Melur Untuk Firdaus itu turut mendoakan agar segala kejahatan dan kezaliman dibalas dengan balasan yang setimpal oleh Allah.

“Dengan kudrat dan kemampuan saya yang kecil ini, saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.

“Saya percaya perancangan Allah SWT, dan hanya Dia yang akan membalas kepada setiap kezaliman dari awal hingga akhir waktu,” tulisnya lagi.

Netizen Kecewa Meerqeen Tidak Sebut ‘Palestin’

Walau bagaimanapun, hantaran terbaharu Meerqeen sekali lagi mengundang kecaman dari netizen.

Rata-rata menganggap Meerqen menggunakan cara yang selamat atau ‘playsafe’ dengan tidak menyebut nama mana-mana pihak dalam hantaran yang dimuat naik itu.

Malah, ada juga segelintir yang mendakwa pelakon ini takut kehilangan tawaran kerja ekoran Meerqeen juga turut terlibat dengan beberapa jenama antarabangsa.

Namun, ada juga segelintir yang menyokong Meerqeen dan tidak memahami kemahuan netizen lain yang berterusan terus mengecam pelakon itu.

Satu Je Nak Tanya, Kenapa Susah Sangat Nak Tulis Palestine?

Takutnya Nak Tunjuk Sokongan Kepada Palestine, Sayang Karier Dari Agama, Patut Boikot Macam Syamimia

Up Salah, Tak Up Salah, Welcome To Malaysia Habibi

Dia Post Pun Salah, Tak Post Pun Salah, Bermasalah Betul Netizen Ni

Hasil semakan kami pada hari ini (20 Oktober) mendapati, terdapat beberapa hantaran yang berkaitan Palestin dikongsikan oleh Meerqeen melalui Insta Story miliknya. Malah, kapsyen yang digunakan bagi hantaran tersebut turut menunjukkan emoji bendera Palestin.

Foto: Tangkap Layar Insta Story Meerqeen
Foto: Tangkap Layar Insta Story Meerqeen

Terdahulu, Meerqeen dikecam oleh segelintir netizen gara-gara bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot.

Malah, apa yang lebih teruk, dia juga turut dianggap sebagai penyokong Israel disebabkan gambar tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot

Baca Artikel Berkaitan: “Sekelip Mata Je ‘M’ Kau Hilang” – Enggan Ulas Isu Palestin, Pengikut Syamimia Terus Menurun Dari 1 Juta

Baca Artikel Berkaitan: Syamimia Dikecam Teruk, Gara-gara Tak Nak Ulas Isu Palestin Di Platform Media Sosialnya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.