fbpx
Now Reading
Pernah Beritahu Ada Masalah Jantung, Bekas Isteri Bad Indigo Terkejut Berita Pemergian Arwah

Pernah Beritahu Ada Masalah Jantung, Bekas Isteri Bad Indigo Terkejut Berita Pemergian Arwah

Menurut Ashira, arwah meninggal kerana serangan jantung ketika di tempat kerja dan dia telah menerima berita pemergian Bad daripada Liza Hanim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (26 Oktober) industri tanah air dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang ahli kumpulan Indigo iaitu Badrul Izhan Yeop Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bad Indigo.

Penyanyi yang berusia 48 tahun itu dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 7 malam ketika berada di tempat kerja di Ampang, Selangor.

Bekas isteri terkejut berita pemergian Bad Indigo

Berita pemergian bad itu turut membuatkan bekas isterinya yang juga penyanyi, Sharifah Nur Ashira Aziz terkejut serta tidak sangka.

Dia yang dikenali sebagai Ashira Aziz itu, memaklumkan telah menerima berita pemergian Bad daripada penyanyi Liza Hanim.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung semasa di tempat kerja.

“Arwah meninggal kena serangan jantung dekat tempat kerja. Difahamkan arwah masih ada di sana (tempat kerja) dan belum dibawa ke hospital,” ujarnya ketika menerima makluman tersebut, dipetik Kosmo.

Tahu Bad mempunyai masalah jantung ketika masih bersama

Jelas penyanyi itu, dia mengetahui Bad mempunyai masalah jantung kerana arwah ada memberitahunya ketika mereka masih menjadi pasangan suami isteri.

Malah bekas suami turut menunjukkan ubat-ubatan (untuk penyakit jantung) yang perlu diambil sekiranya mengalami serangan mengejut.

“Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa padanya.

“Tapi dia ada beritahu juga sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun sudah ajalnya begitu,” ujar Ashira.

Dah lama tak berhubung & bawa haluan masing-masing lepas bercerai

Katanya lagi sejak berpisah pada Jun lalu mereka telah membawa haluan sendiri selain memaklumkan sudah lama tak berhubung dengan bekas suami.

Namun Ashira sebelum ini turut gembira apabila menerusi perkongsian di media sosial kelihatan keadaan Bad semakin membaik serta cergas, tidak seperti seperti sebelum ini.

“Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tapi saya nampak perubahan arwah semakin sihat dan baik menerusi perkongsiannya dalam TikTok.

“Tapi tidak sangka pula, hari ini arwah telah pergi buat selama-lamanya,” beritahunya lagi.

Untuk makluman, Ashira dan Bad merupakan bekas peserta Gegar Vaganza pada musim ke tujuh dan mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021.

Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada Jun lepas.

Liza Hanim menerusi IG Story miliknya pada malam tadi turut memaklumkan pihak keluarga Bad akan membawa arwahh ke Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) Seksyen 14 Petaling Jaya untuk pengurusan jenazah.

“Insya-Allah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara 27 Oktober (hari ini) selepas solat jumaat.

“Mohon sesiapa yang membaca untuk sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham dan didoakan semoga urusan dipermudahkan,” tulisnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.