fbpx
Now Reading
Mimi Lana Dapat Brownies Daripada Syafiq Kyle Sempena Hari Jadi

Mimi Lana Dapat Brownies Daripada Syafiq Kyle Sempena Hari Jadi

Untuk info, Mimi Lana dan Syafiq Kyle sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos yang lalu namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat kebanyakan individu, hari kelahiran merupakan detik yang paling istimewa walaupun usia semakin meningkat. Ini kerana ia merupakan hari di mana seseorang itu diraikan sempena ulang tahun kelahiran.

Ketika itu, sudah pastinya pelbagai hadiah dan barang yang diterima daripada keluarga dan teman rapat.

Mimi Lana Sambut Ulang Tahun Yang Ke-28

Seperti individu lain, pelakon wanita terkenal Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau Mimi Lana turut menerima pelbagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 21 November yang lalu.

Menerusi akaun Instagram rasmi miliknya, kelihatan pelakon wanita itu menyambut hari lahirnya bersama beberapa rakan artis yang lain antaranya seperti Azira Shafinaz dan Eyka Farhana.

Malah, dia turut memuat naik beberapa hantaran melalui Instastory bagi mengucapkan penghargaan buat rakan artis yang turut memberikan hadiah buat dirinya.

Mimi Lana Terima Brownies Daripada Syafiq Kyle

Namun, apa yang menarik perhatian adalah salah satu hantaran tersebut ditujukan buat bekas kekasihnya yang juga pelakon terkenal Syafiq Kyle.

Menerusi hantaran tersebut, tertera kotak putih yang mengandungi brownies dihiasi dengan buah strawberi dan coklat. Turut tertera di kotak itu ucapan Syafiq buat Mimi Lana.

“Happy birthday Ke-28. Tak pandai buat brownies tapi …” tulis Syafiq dikotak tersebut.

Foto: Tangkap Layar Instatory Mimi Lana

Pelakon wanita itu turut mengucapkan terima kasih kepada Syafiq yang sanggup membuat brownies buat dirinya.

“Tapi, saya pandai makan Brownies. Thanks @syafiqkylez gigih buatkan brownies sebelum shooting jauh-jauh. Tak sabar nak makan,” tulis Mimi Lana.

Perkongsian terbaharu itu nyata menimbulkan persoalan ramai pihak sama ada hubungan pasangan ini sudah terjalin kembali atau hanya kekal sebagai teman rapat. Malah, sebelum ini juga, tular video yang memaparkan Mimi dan Syafiq keluar makan bersama.

Untuk info, pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos yang lalu namun ditangguhkan.

Penangguhan majlis perkahwinan itu diumumkan oleh pengurus pelakon wanita berkenaan Iman Tang menerusi satu mesej yang dihantar kepada media.

Malah, pasangan ini juga dikatakan pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun menjalinkan hubungan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.