fbpx
isteri beri kek kubur pada suami

“Tahun Ni Bagi Kek Kubur Package Yasin”- Ramai Terhibur Lihat Isteri Beri Kek Kubur Pada Suami [Video]

Menurut Cikna kek hiasan kubur itu adalah tanda peringatan tentang kematian dan agar suami sentiasa membimbingnya ke jalan Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila tiba ulang tahun insan yang tersayang sudah tentu kita akan merancang untuk meraikan hari bermakna itu.

Adakalanya apabila tiba hari ulang tahun seperti ini ada yang memilih untuk meraikannya secara romantik seperti makan malam bersama dan ada juga yang memilih untuk membuat kejutan dan disambut bersama keluarga terdekat.

Namun perkara yang penting apabila menyambut hari ulang tahun sudah tentunya kita akan membeli atau menempah kek yang cantik dan sedap untuk meraikan hari bahagia itu.

Wanita beri kek sempena ulang tahun suami undang perhatian

Perkara ini samalah seperti wanita ini yang menempah satu kek khas untuk menyambut hari jadi suaminya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @nachikcikna dia telah memberikan sebuah kek berbentuk kubur bersama dengan replika seperti buku Yasin dan juga kereta bagi menyambut ulang tahun suaminya yang ke-27.

Apa yang lebih mencuri tumpuan, dia yang mesra dipanggil Cikna turut mengucapkan selamat hari jadi kepada suaminya yang dikatakan gemar melakukan aktiviti lumba kereta.

Kek hiasan adalah tanda peringatan tentang kematian

Katanya, kek itu mungkin kelihatan kelakar tetapi ia diberikan sebagai tanda peringatan kepada suami untuk sentiasa beringat tentang kematian dan membimbing isteri ke jalan Allah SWT.

“Tahun ni bagi kek kubur package Yasin supaya beringat, nampak kelakar kan? Tapi inilah cara Cikna mu ingatkan toklaki (suami) supaya sentiasa ingat kematian, sentiasa membimbing isterinya ke jalan Allah.

“Cukup simple (mudah) tapi ianya sangat mendalam,” ujar Cikna dalam kapsyennya.

Dia dalam masa sama turut memuji kepada peniaga yang menerima tempahan kek tersebut dan menyatakan kek itu sangat sedap selain hiasan yang kemas.

@nachikcikna

Tahun ni bg kek kubur pakage Yassin supaya Sentiasa Beringat🤣 Nmpak klakor kan? Tp inilah cara Cikna mu Ingt kan toklaki supaya sentiasa ingat Kematian, Sentiasa Membimbing isterinya ke Jalan Allah.. cukup simple tp ianya Sangat Mendalam.. Kek dari jari jemari yg sangat Kreatif by Farah Wahida tq awak🤍 Kek sedap yakmattt, kemas jer kek die buat

♬ original sound – AL – AL

Pernah beri kek rokok lima tahun lalu

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Cikna turut berkongsi bahawa dia pernah memberikan kek bertemakan rokok dan juga kubur ketika menyambut hari jadi suaminya pada lima tahun yang lalu.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan kek yang diberikan oleh Cikna kepada suaminya itu dan menyatakan mereka akan berfikir banyak kali untuk meniup lilin kek tersebut.

Ada juga yang berkongsi bahawa mereka pernah melakukan hal yang sama iaitu memberikan kek hiasan rokok namun ia tidak memberi sebarang kesan kepada si suami.

‘Auto tak makan sebab takut’

‘Cara halus dia buat’

‘Terima kasih awak ingatkan saya. Sebab dunia ni adalah pinjaman semata-mata’

‘Boleh buat juga, tapi ganti motor’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.