fbpx
Now Reading
‘Kita ini bukan Hollywood’ – Kecoh Isu Adegan Panas Zul Ariffin, Annuar Musa Beri Amaran Keras

‘Kita ini bukan Hollywood’ – Kecoh Isu Adegan Panas Zul Ariffin, Annuar Musa Beri Amaran Keras

Walau bagaimanapun, klip video yang dimuat naik pada Jumaat (18 Mac) lalu telah dipadam oleh Zul Ariffin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Jumaat (18 Mac)  yang lalu telah tular di laman Instagram apabila Zul Ariffin memuat naik satu video yang memaparkan adegan-adegan panas yang dilakonkannya dalam satu drama bersiri iaitu Perempuan Itu.

Penularan video tersebut kemudiannya telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat malah mendapat perhatian banyak pihak termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Stesen-stesen televisyen hendaklah mematuhi garis panduan yang diberikan

Memetik laporan MalaysiaKini, Anuar Musa memberi amaran bahawa pihak stesen-stesen televisyen serta penggiat drama hendaklah mematuhi garis pandauan yang telah diberikan dalam penyiaran karya seni.

Jelas beliau, pemain industri seharusnya sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang agama rasminya ialah islam.

“Kita ini bukan Hollywood”

“Kita ini bukan Hollywood. Kita juga bukan Eropah, kita ini (negara) timur. Kita ini Malaysia sebuah negara agama rasminya islam.

“Jadi perkara macam itu tak perlu dah kementerian memperingatkan, saya anggap jika langgar juga itu sengaja cuailah,” katanya semasa sidang media selepas program kembali ke sekolah peringkat parlimen Ketereh di Kota Bharu, pada 20 Mac.

Katanya, sebaik sahaja mendapat maklumat berkenaan perkara itu beliau terus membuat semakan untuk mengetahui perkara yang sebenar.

Menurutnya lagi, kerajaan telah menurunkan peraturan sekarang di bawah kuasa penapisan bagi kandungan drama di peringkat stesen-stesen televisyen.

Oleh itu, mereka hendaklah membuat pengawalan sendiri.

SKMM akan tarik semula kemudahan jika gagal patuhi garis panduan

Walau bagaimanapun, beliau turut mengeluarkan kenyataan sekiranya mendapati stesen televisyen mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga garis panduan tertentu terutama budaya, adab resam serta sebagainya maka beliau akan menyemak semula kemudahan itu dan pihaknya akan menarik balik.

“Kita memberikan kemudahan atas kepercayaan semua stesen televisyen yang bekerjasama dengan swasta membuat drama itu digalakkan tapi mereka mesti wajib mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” ulasnya lagi.

Katanya lagi, adegan-adegan yang tidak Melayu dan tidak Islam sifatnya dan boleh menyinggung perasaan orang Melayu-Islam serta sebagainya sebenarnya tidak perlu menunggu teguran daripada kemeterian.

“Takkan kita semua di stesen televisyen dah hilang pedoman”

“Kena faham sendirilah batas-batas. Kalau adegan itu sehingga membuatkan rakyat biasa terperanjat melihatnya kerana sangat tidak bersesuaian, takkan kita semua di stesen televisyen dah hilang pedoman.

“Saya ingin beri amaran keras kepada semua stesen televisyen yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mereka berterusan melanggar garis panduan yang ditetapkan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.