fbpx
Now Reading
Ibu Bapa Jangan Leka, Gejala Berat MIS-C Terdedah Kepada Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19

Ibu Bapa Jangan Leka, Gejala Berat MIS-C Terdedah Kepada Kanak-Kanak Dijangkiti Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti dengan virus Covid-19 hanya mempunyai gejala ringan atau tidak menunjukkan sebarang simptom sama sekali. 

Antara gejala yang boleh dialami oleh kanak-kanak biasanya seperti demam dan batuk dan bayi di bawah usia setahun akan menunjukkan penurunan selera makan.

Foto: BBC

MIS-C mudah berlaku kepada kanak-kanak

Namun begitu, sebuah kajian terbaharu Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah menyatakan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada penyakit berjangkit ini berpotensi untuk mengalami gejala berat seperti keradangan pada paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata atau organ pencernaan.

Gejala ini disebut sebagai Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).

Ianya sangat mudah berlaku kepada kanak-kanak berusia satu tahun ke bawah atau yang mempunyai penyakit tertentu.

Foto: Economic Times

Antara golongan kanak-kanak yang paling terdedah dengan gejala ini memiliki penyakit:

#1 Asma atau penyakit paru-paru kronik

#2 Diabetes

#3 Keadaan genetik, neurologi atau metabolik

#4 Penyakit anemia sel sabit

#5 Penyakit berkaitan jantung sejak lahir

#6 Imunosupresi

#7 Obesiti

Foto: Malay Mail

Ibu bapa tidak seharusnya panik dan buat pantauan dengan betul

Walaupun Covid-19 merupakan penyakit yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan, tetapi ibu bapa tidak seharusnya panik dan sebaliknya mengambil langkah yang betul dengan memantau gejala yang dialami seperti:

#1 Suhu badan mencecah 37 darjah celcius

#2 Sakit tekak

#3 Batuk yang tidak terkawal dan sukar bernafas

#4 Cirit birit, muntah atau sakit perut

#5 Sakit kepala

Bawa anak berjumpa pakar sekiranya gejala semakin serius

Sekiranya gejala ini semakin melarat dan membimbangkan, kanak-kanak ini tidak lagi sesuai untuk kuarantin di rumah dan harus segera ke hospital bagi mendapatkan pemantauan dari pakar.

Langkah ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan komplikasi yang lebih teruk daripada berlaku.

Foto Kredit: Times of India

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.