Now Reading
Cubit Punggung Polis, Wanita Nyaris Dipenjara

Cubit Punggung Polis, Wanita Nyaris Dipenjara

“Jangan main-main dengan polis!” ungkapan yang selalu penulis dengar masa di bangku persekolahan dulu. Yelah rasanya semua orang setuju kalau di katakan polis adalah antara penguatkuasa yang sangat digeruni orang awam.

Namun satu kejadian yang pelik berlaku di Kent yang terletak di Tenggara London , dimana seorang wanita berdepan hukuman gara-gara tindakan berani nya mencubit punggung seorang pegawai polis yang sedang bertugas.

Satu benda je keluar dari mulut penulis . Berani Gila!

Wanita berkenaan ,Rosie Smith ,41 mengaku bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas polis lelaki berkenaan di  Milennium Clock, Tunbridge Wells tempat tarikan popular di Kent pada  Jun lalu .

Anggota polis itu memberitahu, yang dia berasa sangat malu dan marah dengan tindakan wanita terbabit kerana kejadian berlaku di siang hari dan boleh dilihat oleh ramai orang yang turut berada di kawasan berdekatan.

Bagaimanpun peguam Rosie, Ben Pite menyatakan bahawa wanita itu telah pun memohon maaf kepada anggota polis terbabit.

Dia turut memaklumkan yang Rosie bakap berdepan masalah keluarga sekiranya dia dihukum kerana dia adalah seorang ibu tunggal yang perlu menjaga tiga orang anaknya.

Malah difahamkan ketika kesalahan terbabit dilakukan, Rosie mempunyai penangguhan hukuman penjara atas kesalahan lain.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Majistret Maidstone, Dennis Fuller berkata walapun kesalahan yang dilakukan wanita berkenaan serius, dia tidak akan dipenjarakan tetapi penangguhan itu dilanjutkan kepada enam bulan lagi.

Rosie turut diarahkan oleh Hakim untuk menjalani aktivi pemulihan selama 20 hari dan perintah khidmat masyarakat untuk 1 tahun.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.