fbpx
Now Reading
Mudir Masjid Seri Petaling Rayu Peserta Jord Qudama Lakukan Saringan (Video)

Mudir Masjid Seri Petaling Rayu Peserta Jord Qudama Lakukan Saringan (Video)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak Pengurusan Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur semalam menerusi Mudir Masjid, Maulana Mansur Ismail merayu agar semua peserta perhimpunan Jord Qudama dan Ulama di masjid berkenaan supaya membuat pemeriksaan kesihatan susulan penularan Covid-19 yang semakim membimbangkan.

Menerusi Facebook rasmi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba , Maulana Mansur menyeru semua peserta supaya mematuhi arahan pihak berkuasa untuk tampil melakukan saringan

Menurutnya, pihak berkuasa krisis nasional terdiri daripada pelbagai jabatan sedang berusaha tanpa mengenal penat dan lelah dalam menangani wabak berkenaan.

“Mereka mengingatkan kita berulang kali untuk mengambil langkah sewajarnya dalam mencegah penularan wabak itu.

“Kami menekankan sekali lagi kepada 28 markas seluruh negara mematuhi dan mengambil tanggungjawab penuh bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya kerisauan, ketegangan dan tanggapan salah jika ada daripada masyarakat umum mahupun pihak berkuasa dapat diredakan,” katanya.

Tambah Mansur lagi, ketika ini di sana, tiada jemaah luar dibenarkan memasuki masjid dan jemaah di masjid juga tidak dibenarkan keluar sehingga keputusan mesyuarat selanjutnya diperoleh.

Beliau berharap keputusan itu dapat ditaati dan dilaksanakan oleh semua pihak.

“Ingatlah bahawa semua ini ujian Allah SWT. Kita ambil peluang ini untuk menghidupkan amalan di rumah dengan banyakkan berdoa, beristighfar dan menangis kepada Allah SWT serta tingkatkan fikir risaukan umat dalam diri kita.

“Semoga Allah memberkati usaha kita yang sedikit ini dan menjadikan pengorbanan semua sebagai asbab hidayah seluruh alam sehingga kiamat,” katanya.

Tonton video tersebut di bawah :

Ketua kumpulan tabligh Masjid Sri Petaling tampil pujuk ahli untuk sukarela serah diri di saring jika bergejala atau suspect diri terkena kontak positif.Pihak berkuasa ingin membantu, bukannya ingin menghukum anda. Jangan mangsakan orang lain.

Posted by DR ADHAM BABA on Sunday, March 15, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.