Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan memaklumkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik terbaru yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 yang melanda negara kita sekarang.
Kerajaan Malaysia kata mereka tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi COVID-19 dari rumah ke rumah.
“Jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah anda untuk tujuan itu (imunisasi),” menurut kenyataan itu.
Sumber : MKN
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi mengisytiharkan Malaysia akan mengenakan perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.
Ini sebagai langkah kerajaan mencegah penularan baharu wabak COVID-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.