fbpx
Now Reading
Tun Mahathir Jalani Kuarantin Di Rumah Selepas Seorang Ahli Parlimen Disahkan Positif

Tun Mahathir Jalani Kuarantin Di Rumah Selepas Seorang Ahli Parlimen Disahkan Positif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilaporkan sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah selepas seorang ahli parlimen disahkan positif Covid-19

Memetik Malaymail yang memetik The Star, Tun M mula menjalani kuarantin kerana beliau merupakan kontak rapat kepada ahli parlimen dari Sarawak tersebut.

Memetik Buletin Utama, Tun M dalam satu kenyataannya memaklumkan yang beliau akan mengikuti segala prosedur yang ditetapkan kerana penting untuk beliau mengekalkan disiplin dalam menangani wabak berkenaan.

“Kami perlu menjalani kuarantin sendiri dirumah selama 14 hari. Sekiranya berbuat sedemikan , ini akan mengurangkan peluang untuk virus tersebut dari merebak kepada orang lain”

“Jadi saya kini hanya dirumah. Saya tidak boleh keluar dan berjumpa orang. Tidak boleh berjabat tangan dan lain-lain. Bagaimanapun saya bersyukur, ianya tidak terlalu sukar untuk saya” kata Tun kepada portal berita tersebut

Dr Kelvin Yii sebelum ini disahkan positif Covid-19 selepas disyaki berjangkit daripa Ahli Parlimen Sarikei

Menurut The Star, Tun M sebelum ini ada mengambil foto bersama Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii.

Terdahulu Dr Kelvin mengesahkan yang dia positif Covid-19 menjadikan dia ahli parlimen Sarawak terbaru yang dijangkiti wabak berkenaan selepas disyaki berjangkit daripada Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.